“Kantoi Tak Puasa..” – Nasi Bungkus Disorok Dalam Mesin Basuh, Ayam Goreng Diperap Depan Mangkuk Jamban

27 Mar 2023 • 8:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang peniaga telah ditahan gara-gara menjual juadah untuk orang tidak berpuasa di Tangok, Bachoh , semalam.

Memetik Berita Harian, Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok telah membuat serbuan sekitar kawasan tersebut sekitar jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Dalam serbuan itu, peniaga berkenaan telah disyaki menjual makanan kepada pelanggan di mana lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama teh o ais telah berjaya dirampas.

Hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap dalam tandas. Selain itu, kita juga menemukan teh o ais yang disembunyikan dalam bilik tidur.

Apa yang lebih mengejutkan apabila makanan berkenaan telah disorok dalam mesin basuh dan ayam mentah serta ayam goreng diletak di hadapan mangkuk tandas.

Hasil siasatan mendapati pemilik rumah berkenaan telah membungkus nasi itu sebelum pembeli datang mengambilnya.

Pegawai Agama Jajahan Bachok, Suratemu Mat Yusof memaklumkan bahawa tiada tangkapan pembeli makanan berjaya dibuat kerana sempat melarikan diri.

Manakala pembuat makanan itu telah diberi nasihat untuk tidak lagi menjual makanan kepada golongan yang tidak berpuasa selain dipanggil untuk kaunseling sebagai hukuman.

image is not available 9 jam lalu

(VIDEO) "Macam Bagi Kucing Makan.." - Ahli Politik Bagi Sumbangan Ikan Seekor Dari Rumah Ke Rumah, Dikritik Tak Ada Adab