Kanye West kahwini pereka fesyen

Entertainment
15 Jan 2023 • 5:49 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENYANYI rap terkenal, Kanye West dilaporkan sudah berkahwin dengan pereka fesyen jenama Yeezy iaitu Bianca Censori.

Menurut laporan beberapa media antarabangsa, pasangan itu didakwa berkahwin di sebuah lokasi rahsia di Beverly Hills, Amerika Syarikat dan diadakan secara tertutup.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai majlis perkahwinan mereka termasuk sejak bila West dan Censori menjalinkan hubungan cinta. Namun Censori dilaporkan sudah bekerja sebagai pereka fesyen jenama pakaian milik West sejak tahun 2020.

Setakat ini, West tidak memberi sebarang respons terhadap khabar angin yang tersebar.

Untuk rekod, West pernah berkahwin dengan Kim Kardashian pada Mei 2014 dan bercerai pada Februari tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai empat orang anak iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm.

The post Kanye West kahwini pereka fesyen appeared first on Sinar Plus.

View Original Article