
KAO Malaysia dengan kerjasama Watsons baru-baru ini melancarkan kempen ‘Skin Protection, Life Perfection’ yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk memupuk amalan perlindungan kulit sebagai asas kepada kesihatan dan keyakinan diri sepanjang hayat.
Kempen ini memperkenalkan ekosistem kolaboratif yang menggabungkan penyelesaian penjagaan kulit Bioré, dengan program berasaskan ganjaran Watsons untuk meningkatkan kesedaran terhadap faedah amalan perlindungan dan pemeliharaan kesihatan kulit sepanjang hayat.
Ekosistem ini juga akan menyokong kegiatan penyelidikan kesihatan kulit di Malaysia melalui peruntukan derma bernilai satu peratus daripada keseluruhan hasil jualan kempen.

"Pihak kami percaya bahawa amalan perlindungan kulit bukanlah sekadar rutin harian sahaja. Ia adalah asas kepada kehidupan yang baik, di mana setiap amalan penjagaan kulit berupaya membentuk hari esok yang penuh berkeyakinan lagi berseri.
“Inisiatif ini juga mencerminkan matlamat KAO untuk membantu rakyat Malaysia mencapai kehidupan yang indah dan sihat, selaras dengan falsafah ‘Pelan Gaya Hidup Kirei’kami,” ujar Presiden KAO Malaysia Yamazaki Hirobumi.
Produk Bioré Miliki Formulasi Penyekat UV Berprestasi Tinggi
Profesor Madya Ahli Kimia Dr. Noraini dari Jabatan Kimia Universiti Malaya ketika pembentangannya pada majlis pelancaran telah memberi huraian terperinci dengan ulasan saintifik kesan jangka panjang perlindungan kulit terhadap kesihatan dermatologi.
Ia kemudiannya diikuti dengan demonstrasi rejimen penjagaan kulit yang disesuaikan mengikut kumpulan umur yang berbeza oleh Dr. Lim Ing Kien, Pengarah Urusan, dari Ventamin. Kedua-dua pembentangan tersebut mengukuhkan mesej teras kempen, perihal kesihatan kulit memerlukan pendekatan yang disesuaikan mengikut peringkat kehidupan, bermula dari usia muda.

Untuk melindungi kesihatan kulit dan keyakinan diri pengguna daripada ancaman sinaran UV, haba dan habuk, KAO mengesyorkan pendekatan penjagaan kulit ‘Cleanse. Protect’.
Pendekatan ini menjadi dasar rejim penjagaan kulit yang mudah diamalkan lagi berkesan.
Rangkaian produk Bioré menggabungkan produk pembersihan mesra pengguna dengan formulasi penyekat UV berprestasi tinggi untuk membina daya tahan kulit secara konsisten, secara langsung menyokong gaya hidup pengguna untuk menempuh cabaran hidup seharian dengan penuh kepastian, keselesaan dan berkeyakinan diri.
Memupuk Tabiat Yang Lebih Sihat Secara Bersama
Sebagai rakan kongsi peruncit rasmi kempen ini, Watsons akan menawar insentif yang menarik untuk mempromosikan perlindungan kulit setiap hari dalam kalangan pengguna. Dari Mei hingga Ogos nanti, pengguna boleh menebus pelbagai ganjaran melalui program kesetiaan Watsons:
• Program ‘W Rewards’: Tebus Bioré Guard MOS Block 50g dengan 500 mata Watsons.
• Program ‘E-Stamp’: Kumpul setem untuk menebus produk Bioré termasuk Bioré Guard MOS Block 50g, Bioré UV Aqua Rich Aqua Protect Mist 60ml dan Tone Up Essence 70g.
Kempen ini selaras dengan komitmen menyeluruh oleh KAO Malaysia terhadap kesihatan masyarakat, yang dicerminkan oleh beberapa program kesedaran awam yang masih lagi berlangsung dengan kerjasama rakan kongsi yang lain.
Ini termasuk projek ‘Guard Our Future’, satu kempen pencegahan denggi holistik yang merangkumi bengkel pendidikan, sumbangan produk dan aktiviti gotong-royong di Selangor.

Usaha ini disokong oleh pelbagai pihak berkepentingan, termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang giat mentadbir-urus program pencegahan denggi di seluruh negeri.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi kempen ataupun cawangan Watsons Malaysia yang terlibat, anda boleh ikuti akaun media sosial Kao Malaysia dan Watsons Malaysia. - Getaran, 20 Mei 2025
Foto : KAO Malaysia

