Kaotim MediKad tawar perlindungan perubatan serendah RM38 sebulan

Personal FinanceHealth & Fitness
11 Jun 2026 • 9:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kaotim MediKad tawar perlindungan perubatan serendah RM38 sebulan

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar, kebimbangan terhadap kos rawatan dan penjagaan kesihatan menjadi antara perkara utama yang menghantui rakyat Malaysia.

Kenaikan kos perubatan bukan sahaja memberi tekanan kepada individu, malah menyebabkan orang ramai mula mencari perlindungan kesihatan yang lebih mampu milik, mudah diakses dan tidak membebankan kewangan bulanan.

Seiring perubahan gaya hidup digital masa kini, keperluan terhadap pelan perlindungan perubatan yang ringkas, pantas dan fleksibel turut semakin meningkat.

Menyedari keperluan tersebut, Kaotim MediKad yang diuruskan oleh Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) tampil menawarkan solusi perlindungan takaful perubatan berteraskan digital dengan caruman serendah RM38 sebulan (untuk wanita berumur 11-15 tahun - umur hari lahir akan datang dengan profil standard) bagi membantu lebih ramai rakyat mendapatkan akses perlindungan kesihatan yang lebih mudah dan menyeluruh.

Kaotim Medikad turut menganjurkan Kempen Kaotim Medikad yang memberikan pelbagai manfaat.

Kempen itu menyasarkan individu yang sudah mempunyai perlindungan perubatan dengan pengendali takaful atau syarikat insurans lain selain Takaful Malaysia, serta mereka yang mencari penyelesaian perlindungan perubatan yang lebih ringkas dan berteraskan digital.

Kaotim MediKad menyediakan perlindungan takaful perubatan mampu milik bersama pilihan tambahan rider MediBooster yang menawarkan had perlindungan tahunan sehingga RM1.1 juta.

Pelan tersebut turut menyediakan kemasukan ke hospital tanpa tunai di hospital panel seluruh negara, di samping meliputi kos rawatan, kos pembedahan dan manfaat pesakit luar terpilih, tertakluk kepada had tahunan pelan yang dipilih.

Proses digital lebih mudah dan pantas Kaotim MediKad ditawarkan melalui platform digital Kaotim yang membolehkan pelanggan mendaftar, mengurus dan melanggan perlindungan secara terus tanpa perantara pihak ketiga.

Pelanggan yang memilih bayaran caruman secara tahunan turut menikmati diskaun sebanyak 10 peratus.

Di bawah Kempen Kaotim MediKad yang berlangsung dari 4 Mei hingga 30 Jun 2026, pelanggan layak menikmati perlindungan perubatan serta-merta tanpa tempoh menunggu iaitu 120 hari tempoh menunggu untuk penyakit tertentu dan 30 hari tempoh menunggu untuk penyakit-penyakit lain akan dikecualikan, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan serta terma dan syarat kempen.

Selain itu, pelanggan juga layak menerima rebat satu bulan caruman selepas sijil kekal aktif selama tiga bulan berturut-turut.

Bagi sijil dengan mod bayaran bulanan, caruman bulan keempat akan dikecualikan sebagai rebat manakala bagi mod bayaran tahunan, jumlah rebat akan ditolak daripada caruman seterusnya.

Kempen itu juga menawarkan proses penyertaan lebih ringkas tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan, tertakluk kepada penilaian dan kelulusan pengunderaitan sebagai kes standard.

Penggunaan saluran digital Selaras strategi pendigitalan Takaful Malaysia, pelanggan boleh memohon Kaotim MediKad menerusi platform medikad.kaotim.my atau di cawangan Takaful myCare Centre (TMCC).

Pendekatan digital tersebut membolehkan pelanggan mengurus perlindungan takaful perubatan dengan lebih mudah, telus dan cekap tanpa bergantung kepada prosedur manual.

Dalam masa sama, Kaotim turut menjalankan kempen Customer Get Customer yang menawarkan PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet bernilai RM40 bagi setiap rujukan Kaotim MediKad yang berjaya, tertakluk kepada terma dan syarat.

Kempen tersebut dilihat relevan dalam membantu rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan perubatan yang lebih mudah diakses pada kos berpatutan di tengah peningkatan kos rawatan kesihatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved