
SANDAKAN: Sebuah kapal disyaki membawa muatan 150,000 liter minyak petrol bersubsidi tanpa kebenaran ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Sandakan, kira-kira 9.5 batu nautika dari barat laut Tanjung Bidadari, baru-baru ini.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, penahanan dilakukan sekitar pukul 5.15 petang oleh Kapal Maritim (KM) Peringgi ketika melaksanakan Operasi Sejahtera 1/2022, Operasi Pluto Timur 2/2013, Operasi Khas Cegah PTI (OCP) Utara COVID-19 dan Op TIRIS 3.0 di kawasan tersebut.
Katanya, sebuah kapal bergerak dalam keadaan mencurigakan telah dikesan di posisi berkenaan, sebelum KM Peringgi bertindak menghampiri untuk pemeriksaan lanjut.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati kapal tersebut dikendalikan oleh seorang tekong dan empat orang awak-awak, terdiri daripada tiga warga Malaysia dan dua warga Filipina, berumur antara 22 hingga 64 tahun.
“Kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendedahkan bahawa kapal berkenaan membawa muatan disyaki minyak petrol berjumlah kira-kira 150,000 liter tanpa sebarang kebenaran bertulis, dipercayai melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Susulan itu, lebih kurang 5.30 petang, kapal terbabit ditahan di lokasi yang sama.
Kapal bersama tekong dan awak-awak kemudiannya diiring ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan tiba pada pukul 11.00 malam untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut.
Menurut Suhairy, Maritim Malaysia akan terus mempertingkat rondaan serta penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan penyeludupan bahan kawalan dan pelanggaran undang-undang di perairan negara.
Tambahnya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan secara haram.
Orang awam digesa menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah maritim atau kecemasan di laut dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di 089-229504 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.

