Kapal Berkuasa Ammonia Berjaya Diuji Di Singapura

TechnologyDigital
22 Mar 2024 • 9:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita kerap mendengar jawatan kepada pengurangan pencemaran ialah menggunakan kenderaan elektrik (EV), solar dan hidrogen. Ketiga-tiga sumber kuasa ini telahpun digunakan di Malaysia dengan kerajaan mempunyai beberapa inisiatif meningkatkan penggunaan EV. Tetapi kenderaan berkuasa ammonia ialah satu alternatif yang masih tidak diketahui ramai. Di Singapura, sebuah kapal berkuasa ammonia telah berjaya melakukan ujian pelayaran pertama dengan jayanya.

image is not available

Kapal Fortescue Green Pioneer bergerak menggunakan campuran bahan api ammonia dan diesel di pelabuhan Singapura minggu lalu menjadikannya kalu pertama bahan api alternatif ini digunakan pada sebuah kenderaan marin.

Bahan api ammonia diambil daripada terminal Vopak Banyan yang terletak di Jurong. Sebelum ini syarikat Fortescue berjaya menjalankan enjin prototaip di makmal ujian mereka di Australia. Ammonia dilihat sebagai bahan api kurang karbon paling murah pada waktu ini kerana boleh disimpan pada suhu -34 Celcius berbanding Hidrogen yang disimpan pada suhu -253 Celcius. Kelengkapan membawa amomonia juga sudah sedia wujud berdekad lamanya kerana ia digunakan dalam industri pembuatan baja.

Sungguhpun begitu Fortescue Green Pioneer masih belum mampu bergerak menggunakan 100% ammonia pada waktu ini. Wujud juga risiko jika berlaku kebocoran, ammonia ialah gas yang toksik. Pada waktu ini industri perkapalan ialah di tangga ke enam penyumbang terbesar pelepasan gas karbon dioksida ke udara. Penggunaan ammonia diharap dapat mengurangkannya. Dalam industri automotif pula, GAC telah menghasilkan enjin kereta ammonia pertama dunia tetapi belum digunakan pada kenderaan sebenar.

View Original Article