
Walaupun dunia sekarang penuh dengan konflik dan ketegangan, masih ada insan berhati mulia yang sanggup berkorban untuk membawa misi kemanusiaan ke Gaza.
Tapi malangnya, kapal utama konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa semangat itu dilaporkan jadi sasaran serangan dron ketika berlayar di perairan Tunisia.
Kapal terbakar akibat serangan…
Dalam kenyataan rasmi GSF pada Selasa, mereka mengesahkan kapal yang berdaftar di bawah bendera Portugal itu mengalami kerosakan serius selepas diserang.
Api dipercayai merebak hingga ke dek utama dan ruang simpanan di bawahnya.
Bayangkan betapa cemasnya keadaan ketika itu, tapi mujurlah semua enam orang yang berada di atas kapal, termasuk anak kapal dan penumpang, dilaporkan selamat.
Misi Global Summed tetap diteruskan…
Walaupun cuba diganggu dengan serangan berbahaya, semangat sukarelawan langsung tidak goyah. GSF menegaskan mereka tetap akan meneruskan misi aman untuk memecahkan kepungan di Gaza.
Misi aman kami untuk memecahkan kepungan di Gaza dan berdiri teguh bersama rakyatnya akan diteruskan dengan tekad dan iltizam.- Kata kenyataan mereka.
Untuk korang yang mungkin baru dengar, Global Sumud Flotilla ni sebenarnya membawa maksud keteguhan, diambil daripada perkataan Arab ‘Sumud’. Konvoi ini melibatkan lebih kurang 20 buah kapal dengan peserta dari pelbagai negara.
Bukan calang-calang orang yang ikut serta, ada doktor, wartawan, dan aktivis kemanusiaan. Lebih kurang 150 aktivis turut serta, termasuk 15 orang peserta dari Malaysia seperti Zizi Kirana dan Ardell Aryana yang berjuang membawa bekalan bantuan buat rakyat Gaza.
Pssttt! Korang tengok sendiri, bila hati dah bulat dengan niat untuk bantu sesama manusia, apa pun halangan tetap mereka tempuh. Dari kisah ni, kita belajar jangan cepat patah semangat walaupun diuji. Teruskan berbuat baik, walaupun dunia cuba menghalang langkah kita.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


