Kapal Latihan Dari China Dinaiki Pelajar, Bukan Tentera – Fadhlina

LocalPolitics
10 Oct 2024 • 5:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kapal latihan tentera yang singgah di Pulau Pinang pada Sabtu lalu sebenarnya dinaiki oleh kumpulan pelajar dari Naval University of China, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Menurut laporan Utusan, Fadhlina berkata, lawatan disertai 165 pelajar termasuk pensyarah itu merupakan program diplomatik dan pertukaran kebudayaan dalam usaha mengukuhkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

image is not available

Foto: The Star

“Pertama, saya ingin betulkan di sini. Ia bukan kehadiran tentera tapi pelajar universiti. Kenyataan yang dikeluarkan (kapal tentera China singgah ke perairan Pulau Pinang) tidak betul sekali betul.

“Ia memberi salah faham yang banyak dalam masyarakat,” katanya selepas merasmikan sebuah program di Kepala Batas hari ini.

image is not available

Foto: Bernama

Beliau menjelaskan, program tersebut melibatkan pelajar universiti dan sekolah persendirian Cina sahaja sekali gus tidak timbul mengenai kehadiran tentera China.

“Sebab itu untuk mengelakkan salah faham dan fitnah-fitnah yang berpanjangan pihak sekolah telah membuat laporan polis,” ujarnya.

image is not available

Foto: The Star

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai menjelaskan kunjungan silaturahim dua kapal latihan dari China itu telah mengikut saluran rasmi.

Hon Wai berkata, Pegawai Residen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pulau Pinang turut hadir dalam kunjungan atas kapal pelatih Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) itu bersama pemimpin kerajaan negeri sebagai tetamu.

Sumber: Utusan (Iswan Shafiq Isa)