Kapal pemusnah AS berlabuh di Phuket

5 Oct 2026 • 9:37 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kapal pemusnah AS berlabuh di Phuket

BANGKOK – Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz USS George H.W. Bush, kapal utama Kumpulan Tempur Kapal Pengangkut Pesawat 10 Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), dan kapal pemusnah kelas Arleigh Burke USS Delbert D. Black tiba di Phuket untuk lawatan berjadual, menurut Kedutaan AS di Thailand pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Phuket akan menjadi pelabuhan persinggahan pertama bagi Kumpulan Tempur Kapal Pengangkut Pesawat George H.W. Bush (GHWBCSG) sejak berlepas dari Norfolk, Virginia dan Mayport, Florida pada Mac untuk penugasan,” menurut kenyataan itu.

Sepanjang enam bulan lepas, kumpulan tempur berkenaan memberikan sokongan kepada Operasi Epic Fury dan menyertai sekatan laut di kawasan tanggungjawab Pemerintah Pusat AS di Asia Barat, menurut kedutaan itu.

“Thailand ialah rakan kongsi tertua kami di Asia dan satu-satunya sekutu perjanjian kami di tanah besar Asia Tenggara. Hubungan AS-Thailand, khususnya dalam bidang maritim, memainkan peranan penting dalam mengekalkan keamanan melalui kekuatan di rantau Indo-Pasifik,” menurut kedutaan itu.

Kedutaan berkenaan turut memaklumkan hubungan kedua-dua negara diperkukuh menerusi latihan bersama dua hala dan pelbagai hala seperti Cobra Gold, selain lawatan kapal Tentera Laut AS ke pelabuhan Thailand.

Sepanjang lawatan yang dijadualkan berlangsung hingga 9 Okt, barisan kepimpinan kumpulan tempur itu akan mengadakan pertemuan dengan pegawai awam dan tentera Thailand bagi menekankan kepen tingan hubungan dua hala antara AS dan Thailand, menurut kenyataan itu. – Bernama

The post Kapal pemusnah AS berlabuh di Phuket appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved