Kapal Perang AS Terpaksa Berlabuh, Ramai Kelasi Kapal Jatuh Sakit Minum Air Tercemar

1 Oct 2022 • 12:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kapal Perang AS Terpaksa Berlabuh, Ramai Kelasi Kapal Jatuh Sakit Minum Air Tercemar

Lima orang kelasi kapal USS Nimitz dilaporkan telah mengalami refluks asid dan beberapa lagi penyakit lain selepas sistem air pada kapal tercemar dengan bahan api jet.

Pegawai tentera laut yang berada di atas kapal tersebut telah mengarahkan semua anak kapal untuk bertemu dengan pegawai perubatan yang bertugas jika mereka ada menunjukkan tanda atau simptom sebarang penyakit yang berpunca dari pencemaran air tersebut.

Dalam pada itu, kelasi kapal yang tidak berpuas hati dengan keadaan itu telah bertindak memuat naik gambar air minuman yang dilihat keruh dibekalkan kepada mereka di atas kapal menerusi laman sosial.

Menurut salah seorang daripada mereka, kebanyakan sumber air yang berada di kapal masih lagi mempunyai bau JP5 dan mempunyai rasa yang agak kuat.

Selain itu, kebanyakan bilik mandi mereka juga tidak mampu untuk menghilangkan baunya dan turut merasa loya, pening dan sangat lemah sebaik sahaja mereka mandi.

Disamping itu, mesin air layan diri (vending machine) yang menyediakan minuman berbotol juga turut habis terjual disebabkan sistem air minuman mereka tidak berfungsi. Oleh itu, mereka terpaksa bergantung kepada rakan lain yang berada di darat untuk melakukan penghantaran air ke kapal.

Difahamkan juga, kini pelayaran tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu dan telah berlabuh di pelabuhan San Diego sehingga siasatan yang dijalankan ke atas kes tersebut selesai dilaksanakan.

image is not available
Ga,bar via Daily Mail

image is not available
Gambar via Daily Mail