
Kota Kinabalu: Kapal perang Tentera Laut Diraja Kanada (RCN), HMCS Ottawa tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, di sini pada Rabu.
Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Wayne Robson berkata ketibaan HMCS Ottawa itu merupakan lawatan julung kali kapal RCN ke Malaysia Timur sekali gus mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara yang telah terjalin sekian lama.
Beliau berkata Kanada dan Malaysia baru meraikan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik rasmi pada tahun lepas dan kedua-dua negara sememangnya memiliki jalinan hubungan pertahanan dan keselamatan yang teguh.
“Kedua-dua negara telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama keselamatan pada 2013 dan kerap bekerjasama termasuk dalam aspek pembinaan kapasiti ketenteraan, memerangi keganasan, pengurangan ancaman senjata pemusnah besar-besaran. HAJIJI bersama Robson semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “RCN akan bertemu dengan rakan sejawat TLDM dan pihak berkepentingan lain bagi meningkatkan kerjasama serta persahabatan antara kedua-dua negara, termasuk mengadakan sambutan dan lawatan di atas kapal, perlawanan bola sepak persahabatan dan menyantuni masyarakat setempat,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Robson berkata sejak penugasan pada Ogos lepas, HMCS Ottawa telah melawat Jepun, Filipina dan Thailand sebelum tiba di Malaysia, dan kapal tersebut akan berada di rantau ini hingga November ini sebelum kembali ke pangkalannya pada Disember.
“Ini adalah kapal RCN ketiga melawat Malaysia dalam tempoh tujuh tahun. Sebelum ini lawatan oleh HMCS Winnipeg pada Januari 2016 dan September 2022, menunjukkan komitmen berterusan Kanada terhadap keamanan dan keselamatan di Indo-Pasifik.
Kanada telah melatih 1,000 responden pertama Malaysia tentang bagaimana bertindak balas secara selamat terhadap pelbagai ancaman, insiden keselamatan dan serangan.
“Kanada juga menyumbang peralatan kepada Malaysia termasuk dua bot jenis Rigid Hull Fender Boat kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia pada 2014.
Dengan satu daripada empat kapal Tentera Laut Diraja Kanada beroperasi di Indo-Pasifik tahun ini, saya berbangga untuk memainkan peranan aktif di rantau ini, selain menyokong secara berterusan terhadap keamanan dan keselamatan,” katanya.
Robson juga berharap lawatan itu akan mengukuhkan lagi persahabatan Kanada dan Malaysia dalam pelbagai aspek.
Sementara itu, Pegawai Pemerintah HMCS Ottawa Kapten Sam Patchell berkata HMCS Ottawa adalah satu daripada 12 kapal perang kelas Halifax RCN yang dilengkapi dengan senjata antikapal selam, antipermukaan dan antiudara serta sensor canggih, di samping helikopter CH-148 Cyclone dan 250 kru profesional terdiri daripada kelasi, askar serta juruterbang.
“Ini merupakan kapal Tenteral Laut Diraja Kanada pertama melawat pangkalan TLDM Sepanggar dan tugasan besar pertama saya ke rantau ini. Saya berbangga mengetuai kapal ini bagi misi yang sangat bermakna kepada Kanada dan rakan sejawat kami.
“Tugasan ini akan membawa kami ke seluruh rantau ini, membina hubungan dengan negara sahabat yang percaya kepada Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka. Kami akan menjalankan latihan dan berkerjasama dengan tentera laut yang berbeza bagi meningkatkan keamanan dan keselamatan,” katanya.
Terdahulu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Robson di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini pada Rabu.
Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan memaklumkan dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan berkaitan pelancongan, pendidikan, peluang pelaburan dan lawatan Kapal HMCS Ottawa ke Kota Kinabalu.
“Ketua Menteri mengalu-alukan pelabur dari Kanada untuk meneroka peluang baharu dan kerjasama bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta di Sabah dalam beberapa sektor ekonomi berkaitan.
Sabah yang kaya dengan pelbagai sumber asli berharap lebih ramai pelabur asing akan melabur di negeri ini dalam pelbagai sektor industri,” menurut kenyataan itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


