
SINGAPURA – Sebuah kapal tangki milik China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya merentasi Selat Hormuz pada Selasa, walaupun berdepan tekanan sekatan maritim oleh Washington di laluan strategik itu.
Kapal dikenali sebagai Rich Starry itu menjadi aset pertama yang berjaya keluar dari Teluk sejak sekatan tersebut mula dikuatkuasakan.
Menurut laporan Reuters, berdasarkan data daripada LSEG, MarineTraffic dan Kpler, kapal tangki bersaiz sederhana itu sebelum ini telah disenarai hitam oleh AS bersama syarikat pemiliknya, Shanghai Xuanrun Shipping Co Ltd, atas dakwaan terlibat dalam urusan berkaitan Iran.
Muatan Metanol Dari UAE
Difahamkan, Rich Starry membawa kira-kira 250,000 tong metanol yang dimuatkan di pelabuhan Hamriyah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kapal tersebut juga dilaporkan dikendalikan sepenuhnya oleh kru warga China.
Setakat ini, pihak syarikat pemilik kapal berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu. – The Malaysian Update
The post Kapal Tangki China Lolos Selat Hormuz Walau Disekat AS appeared first on The Malaysian Update.

