Kapal tangki diserang di Selat Hormuz

2 Oct 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kapal tangki diserang di Selat Hormuz

TEHERAN: Sebuah kapal tangki diserang pada Khamis ketika belayar melalui Selat Hormuz, kata sebuah agensi maritim Britain.

Kapal itu terkena objek tidak dikenali di laluan perairan strategik berkenaan menyebabkan kebakaran, kata Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO).

Kesemua anak kapal dilaporkan selamat, tetapi tahap kerosakan masih belum diketahui, tambah UKMTO.

Agensi itu tidak menyatakan bendera negara mana yang dikibarkan kapal tangki berkenaan atau laluan yang dirancangnya.

Ia juga tidak menjelaskan sama ada kapal itu membawa minyak mentah atau gas asli cecair (LNG).

Selat Hormuz, yang sebelum Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada akhir Februari menjadi laluan bagi satu perlima bekalan minyak dan LNG dunia, masih menjadi tumpuan konflik berkenaan.

Teheran menyekat laluan kapal komersial. Ia turut melepaskan tembakan ke arah kapal yang didakwanya melintasi kawasan itu tanpa kebenaran.

Washington bertindak balas dengan sekatan balas terhadap pelabuhan Iran dalam usaha menghalang Teheran daripada mengeksport minyaknya.

AS  tidak melancarkan serangan terhadap sasaran di Iran sejak 1 September, walaupun kapal masih kerap menjadi sasaran di selat berkenaan. – AFP

The post Kapal tangki diserang di Selat Hormuz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved