Kapal Tangki Minyak Meletup, Gegaran Dirasai Hingga 10 Km

17 Jan 2023 • 2:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sekurang-kurangnya lapan orang pekerja hilang dan beberapa rumah rosak ekoran sebuah kapal tangki minyak meletup di sungai Mae Klong di daerah Muang, Thailand sekitar 9:17 pagi tadi.

Difahamkan, kapal tangki yang mempunyai kapasiti 6,500 tan berat itu sedang menjalankan penyelenggaraan berkala di Limbungan Ruammitr di Tambon Laem Yai.

Malah, letupan itu kedengaran dan turut dirasai pada radius kira-kira 10 kilometer sehingga menyebabkan tingkap kaca di beberapa rumah berhampiran pecah.

Sehubungan itu jentera dan anggota bomba dari Balai Bomba Mueng Samut Songkram dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran dan mengawal keadaan,

Sementara itu, Jabatan Laut berkata api kebakaran tersebut dapat dikawal kira-kira satu jam kemudian.

Memetik Thaiger, sehingga kini, seorang mangsa telah disahkan terkorban manakala empat lagi masih hilang.

Susulan itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Laut, Phuriphat Thirakhunphisuth berkata punca letupan masih belum diketahui dan ia masih dalam siasatan (setakat dilaporkan).

 

 

 

Sumber: Bangkok Post

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved