Kapal tangki minyak terlanggar periuk api, terbakar di Selat Hormuz

1 Nov 2026 • 9:40 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kapal tangki minyak terlanggar periuk api, terbakar di Selat Hormuz

ISTANBUL, 1 NOV: Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Sabtu melaporkan sebuah kapal tangki minyak "supertanker" terlanggar periuk api di timur Selat Hormuz sehingga mencetuskan letupan dan kebakaran di atas kapal berkenaan, lapor Anadolu Ajansi.

IRGC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kapal tangki itu terlanggar periuk api ketika melalui kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, pihaknya tidak mendedahkan identiti kapal itu atau memberikan sebarang maklumat mengenai mangsa yang terlibat.

IRGC turut memberi amaran kepada kapal-kapal supaya mengelakkan kawasan berbahaya di selat berkenaan serta menggesa semua kapal yang melalui laluan perairan itu supaya memastikan sistem pengesanan masing-masing sentiasa diaktifkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved