Kapasiti Bateri Realme 10 Pro+ Kini Didedahkan

TechnologyDigital
14 Nov 2022 • 6:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme 10 Pro+ bakal dilancarkan secara rasminya di China pada 17 November ini. Sedikit demi sedikit maklumat mengenainya telah didedahkan dan kini giliran kapasiti bateri pula. Ia menunjukkan telefon pintar ini akan dilengkapi bateri sebesar 5000mAh.

image is not available

Kalau diikutkan peningkatan telah dilakukan di sini berbanding model terdahulunya yang didatangkan bateri 4,500mAh. Ini sekaligus ketahanan yang lebih baik boleh dinikmati melaluinya, cuma persoalannya hanyalah sistem pengecasan yang disokong masih tidak didedahkan setakat ini.

image is not available

Turut didedahkan adalah jisim telefon pintar ini yang diiklankan mempunyai berat sekitar 173 gram. Digabungkan dengan tubuh yang nipis, sekaligus memudahkan telefon pintar untuk digunakan dan dibawa kemana-mana sahaja.

Realme 10 Pro+ akan menjadi telefon pintar yang premium untuk siri baharu daripada Realme. Lebih banyak maklumat mengenainya akan didedahkan dari semasa ke semasa.