Kapasiti Bateri Siri iPhone 15 Hanya 2.2% Lebih Besar Berbanding Siri iPhone 14

TechnologyDigital
16 Sep 2023 • 3:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kapasiti bateri iPhone 15, iPjone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akhirnya diketahui selepas ia disenaraikan di pangkalan data di China. Ia mengesahkan saiz bateri untuk kesemua model telah ditingkatkan tetapi dalam jumlah kecil antara 1.3-2.2% sahaja berbanding model siri iPhone 14.

image is not available

Bateri terkecil adalah 3274 mAh pada iPhone 15 Pro dan bateri terbesar pula ialah 4422 mAh pada iPhone 15 Pro Max. Sungguhpun bateri meningkat, laman Apple mengatakan tahap ketahanan bateri kesemua model iPhone 15 adalah sama sahaja dengan model iPhone 14 tahun lalu. Selain itu tahap kelajuan pengecasan juga masih lagi sama iaitu 20W sahaja. Berikut ialah senarai saiz bateri kesemua model iPhone 14 dan iPhone 15.

ModelSaiz BateriSaiz Bateri Model Tahun LaluPerbezaan %
iPhone 15 Pro Max4422 mAh4323 mAh2.2%
iPhone 15 Pro3274 mAh3200 mAh2.3%
iPhone 15 Plus4383 mAh4325 mAh1.3%
iPhone 153349 mAh3279 mAh2.1%