Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi

19 Apr 2024 • 6:22 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan jangka hayat kapasiti keseluruhan empangan juga boleh bertahan sekitar dua hingga enam bulan tanpa hujan.

“Selain itu, kapasiti kolam sumber air alternatif 34 meter padu yang melibatkan 100 kolam takungan juga boleh bertahan sekitar tiga bulan sekiranya tiada hujan.

“Keseluruhannya, tempoh ketahanan sumber air mentah di Selangor adalah sekitar sembilan bulan tanpa hujan,“ menurut hantaran itu.

LUAS memaklumkan paras aliran sungai semasa di seluruh 34 muka sauk loji rawatan air (LRA) di seluruh negeri juga berada pada paras normal.

Pembangunan kolam takungan air serta sumber air mentah menerusi inisiatif Skim Jaminan Air Mentah Selangor (SJAM) juga membantu meningkatkan rizab simpanan air mentah daripda enam bulan kepada sekurang-kurangnya sembilan bulan simpanan, menurut LUAS.