Kapasiti loji penyahgaraman air laut POIC Lahad Datu dijangka meningkat 5 kali ganda

LocalBusiness & Finance
8 Jul 2025 • 11:37 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Kapasiti loji penyahgaraman air masin di kawasan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu dijangka meningkat lima kali ganda kepada 2.5 juta liter sehari (JLH) menjelang Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd, Datuk Ahmad Naim Uddang, berkata loji berkenaan ketika ini hanya mampu menghasilkan 0.5JLH atau bersamaan 500,000 liter air sehari.

“Kita menggunakan teknologi baharu untuk memproses air masin bagi kegunaan industri iaitu berbeza dengan kaedah konvensional yang bergantung kepada sumber air sungai, teknologi ini membolehkan rawatan dilakukan serta-merta di lokasi POIC.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ketika ini, Jetama sedang menjalankan Proof of Concept (POC) bagi menguji kecekapan teknologi tersebut dan peningkatan kapasiti dapat dilaksanakan sebaik sahaja POC terbukti berjaya.

“Inisiatif ini merupakan pendekatan dua-dalam-satu yang bukan sahaja menyelesaikan isu bekalan air di taman perindustrian, malah boleh dimanfaatkan bagi keperluan domestik di sekitar kawasan tersebut,” katanya selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, pada Isnin.

Sementara itu, Pengerusi Jetama Sdn Bhd, Datuk Yussof Abdul Manan berkata syarikat itu kini turut meneroka sektor tenaga boleh diperbaharui menerusi pembangunan projek tenaga solar terapung.

“Satu loji tenaga solar telah beroperasi di Labuan manakala projek kedua di Batu Sapi berkapasiti kira-kira 15 megawatt (MW) kini dalam peringkat memuktamadkan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA).

“Manakala, projek yang dibangunkan di Empangan Babagon Penampang bakal menjadi loji solar terapung pertama di Sabah berkapasiti 13.21MWac.

“PPA bagi projek berkenaan juga sedang dimuktamadkan dan dijangka dimeterai dalam bulan ini,” ujarnya.