Kapasiti tujuh empangan capai 100 peratus, tahan empat bulan tanpa hujan

18 May 2023 • 6:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 18 MEI: Jumlah takungan air bagi tujuh empangan di Selangor mencapai kapasiti penuh 100 peratus setakat semalam dan mampu bertahan selama empat bulan tanpa hujan.

Dato’ Menteri Besar memaklumkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) turut mengenal pasti 98 kolam takungan sebagai sumber air alternatif dengan jumlah simpanan 34 juta meter padu.

“Sehingga 17 Mei, keseluruhan takungan bagi tujuh empangan berada pada kapasiti penuh 100 peratus.

“Berdasarkan trend penggunaan air di negeri secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan hari ini.

Tujuh empangan yang berfungsi sebagai takungan sumber air seperti berikut:

  • Empangan Sungai Selangor (Hulu Selangor)
  • Empangan Sungai Tinggi (Hulu Selangor)
  • Empangan Tasik Subang (Petaling)
  • Empangan Sungai Langat (Hulu Langat)
  • Empangan Semenyih (Hulu Langat)
  • Kolam Off River Storage Labu (Sepang)
  • Empangan Klang Gates (Gombak)
  • Empangan Batu (Gombak)

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam laporannya menjangka kebarangkalian berlaku El Nino sekitar 57 peratus antara Jun hingga September dan meningkat kepada 62 peratus (September hingga November).

Fenomena itu berlaku akibat peningkatan suhu Lautan Pasifik secara mendadak, sekali gus menyebabkan sistem iklim berubah kepada panas dan kering serta kurang taburan hujan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved