Karaoke Punya Pasal, Mak Ayah Tak Sedar Anak Yang Ditinggal Bersendirian Jatuh Dari Tingkat Tiga Hotel

21 Sep 2022 • 11:48 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut terjatuh dari tingkat tiga di Hotel Grand Central, Jalan Jenderal Sudirman, Riau. Ketua Polis Bukitraya, Syafnil berkata, ketika kejadian mangsa ditinggalkan bersendirian di dalam bilik hotel tersebut kerana ibu bapanya sedang berkaraoke di tingkat bawah bangunan.

“Kita dapati mangsa tinggal seorang diri pada awal pagi sebelum jatuh melalui tingkap pada waktu subuh.

“Ibu bapa kanak-kanak itu yang berasal dari Lampung mengaku mereka pergi berkaraoke pada waktu itu,” katanya lapor Kompas.com.

image is not availableMangsa merupakan anak kepada pasangan Muhammad Rizky Ravaneli, 22, dan Okta Reviani Heni, 23. Menurut Syafnil, kejadian disedari oleh pengawal keselamatan dan pengurus hotel tersebut.

Katanya, ketika kejadian, saksi terdengar seperti bunyi jatuh dari laluan masuk hotel sebelum mendapati mangsa terbaring atas lantai dengan berlumuran darah.

“Selepas itu, saksi pergi ke sebuah bilik di tingkat tiga, namun ibu bapa mangsa tiada di dalam bilik.

“Saksi kemudian turun semula ke bawah dan memberitahu ibu bapa mangsa anaknya jatuh dari tingkap bilik dan dibawa ke hospital,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved