Karex diramal capai sasaran untung bersih RM25 juta pada FY24 dipacu jualan minyak pelincir peribadi - Kenanga Research

Business & FinanceStartup
16 Aug 2024 • 4:32 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Karex diramal capai sasaran untung bersih RM25 juta pada FY24 dipacu jualan minyak pelincir peribadi - Kenanga Research

azan

16/08/2024 - 16:32

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Karex Bhd diramal mencapai sasaran keuntungan RM25 juta pada FY24 dipacu jualan kukuh minyak pelincir peribadi dengan margin tinggi dan peralihan strategik kumpulan kepada segmen yang menawarkan keuntungan lebih tinggi.

Kenanga Research berkata, kumpulan itu diunjur merekodkan keputusan 4QFY24 yang lebih baik yang akan membawa keuntungan setahun penuh hamper kepada anggaran yang ditetapkan.

Katanya, prospek kumpulan itu kelihatan lebih cerah berikutan peralihan strategik kepada segmen margin lebih tinggi seperti komersial dan OBM daripada segmen tender margin rendah.

"Segmen komersial, OBM dan tender menyumbang 61%, 19% dan 20% kepada jumlah perolehan Karex pada 9MFY24, berbanding 59%, 17% dan 24% pada FY23," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Firma penyelidikan itu berkata, Karex berada di landasan terbaik untuk menghantar pesanan kondom sintetik pertamanya kepada pelanggan pada November 2024 (2QFY25) dengan menyasarkan pasaran Eropah semas sambutan Krismas.

Katanya, sekiranya produk itu menampilkan prestasi baik, kumpulan itu dijangka menerima tempahan tambahan lebih besar untuk penghantaran pada FY26.

Bulan lalu, syarikat itu menerima pensijilan CE aripada Kesatuan Eropah (EU) untuk kondom sintetik itu, yang direka untuk menjadi lebih sensitif haba, nipis dan menjimatkan kos.

"Walaupun sumbangan hasil daripada produk ini pada FY25 dijangka sederhana, impak yang lebih ketara diunjurkan untuk FY26 selepas penilaian pelanggan OEM terhadap permintaan pasaran.

"Berdasarkan anggaran awal, produk ini berpotensi menjana kira-kira RM50 juta dalam jualan sekiranya Karex memperoleh 3% daripada pesanan sintetik pelanggan OEM," katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, permintaan untuk kondom sintetik, yang kini membentuk 17.6% daripada pasaran kondom dunia, mempunyai sifat hypoallergenic dan semakin popular sebagai alternatif kepada kondom lateks semulajadi.

Katanya, segmen perniagaan sarung tangan kumpulan telah menimbang pendapatan disebabkan penggunaan yang rendah.

Kumpulan itu kini menanggung kira-kira RM8 juta dalam perbelanjaan penyelenggaraan tahunan termasuk susut nilai dan faedah.

"Segmen ini berkemungkinan akan terus membebankan pendapatan melainkan penggunaan bertambah baik. Bagaimanapun, prospek sektor sarung tangan global bertambah baik pada suku baru-baru ini, berpotensi menawarkan peluang pertumbuhan sederhana untuk segmen sarung tangan Karex," katanya.

Kenanga Research mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM1.10 sesaham.- DagangNews.com