Karipap Diiktiraf Antara Pastri Terbaik Dunia, Kalahkan Croissant Dan Kunafa

20 Jan 2024 • 12:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Karipap antara pastri terbaik di dunia

Karipap Diiktiraf Antara Pastri Terbaik Dunia, Kalahkan Croissant Dan Kunafa. Salah satu menu kuih kegemaran rakyat Malaysia dan boleh didapati di seluruh negeri, karipap adalah pastri pilihan ramai terutamanya untuk sarapan.

Baru-baru ini, TasteAtlas telah mengeluarkan senarai 100 pastri terbaik di seluruh dunia menerusi laman web mereka, dan karipap menduduki tangga ke-5 dalam senarai berkenaan.

image is not available
Karipap Diiktiraf Antara Pastri Terbaik Dunia, Kalahkan Croissant Dan Kunafa

Karipap terima skor tinggi

Menerima skor 4.6 daripada 5, kuih karipap yang diisi dengan kari ayam dan kentang sebelum digoreng itu berjaya menewaskan hidangan pastri popular dunia seperti Croissant dan Kunafa.

Menurut Atlas, hidangan kuih karipap ini dipercayai berasal dari Malaysia, Borneo dan Sumatera dan ia merupakan hidangan ‘popular’ untuk sarapan pagi atau snek petang.

image is not available

Rangup di luar lembut di dalam

Rangup di bahagian luar dan panas serta lembut di bahagian dalam, karipap kekal menjadi salah satu hidangan kegemaran ramai di Asia Tenggara.

Untuk pengetahuan, laman TasteAtlas sering mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular dari serata dunia.

Tahukah anda karipap ini sebenarnya:

https://www.iloveborneo.my/karipap-di-trinidad-dan-malaysia/

https://www.iloveborneo.my/dibaluti-daun-nipah-ketahui-kuih-tradisional-unik-kegemaran-rakyat-sarawak-celorot/