Karnival automotif pertama di universiti, 3,000 pengunjung banjiri 'Drive For Hope'

LocalCars
8 Jan 2025 • 10:30 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Sesi bergambar di antara ahli PRoud Agency dan kanak-kanak dari Pertubuhan Nur Kasih Klang.

Projek tahun akhir pelajar Perhubungan Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) di bawah PRoud Agency, ‘Drive For Hope’ berjaya mencipta sejarah karnival automotif pertama dianjurkan dalam institusi pendidikan tinggi.



Seramai 3,000 pengunjung hadir ke ‘Drive For Hope’ sekali gus menjadikannya lebih meriah dan penuh dengan semangat komuniti.



Kejayaan projek itu membuktikan potensi besar gabungan inovasi, kreativiti dan keprihatinan sosial dalam mewujudkan impak positif kepada komuniti.



Dengan kerjasama komuniti automotif terkemuka di Malaysia, Motor Drive Group (MDG), acara berkenaan menampilkan lebih 40 jenis kereta mewah dan vintaj yang berjaya memukau para pengunjung.



MDG bukan sahaja membawa pasukan mereka dari dalam negara, malah wakil Singapura turut hadir memberikan sokongan dan memeriahkan lagi program tersebut.



image is not available
Majlis pemotongan riben sebagai simbolik perasmian.



Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Ahmad Faisal Mohamed Fiah berkata, projek itu sebagai kayu pengukur kepada permulaan untuk mengadakan pengurusan majlis acara automotif yang julung kali diadakan di UiTM.



“Kerjasama erat bersama MDG dan pelbagai pihak lain telah menjadikan acara ini sebagai satu platform unik yang menggabungkan elemen inovasi, pendidikan dan pengalaman praktikal,” katanya semasa majlis pembukaan karnival itu.



Selain mempamerkan kecantikan dunia automotif, projek akhir tahun itu juga mengambil peluang untuk meraikan anak-anak yatim daripada Pertubuhan Nur Kasih dengan memberikan mereka pengalaman istimewa sambil menyemai nilai-nilai keprihatinan sosial.



image is not available
Majlis pemakaian beg sekolah kepada adik Ahmad Daniel Abdullah, anak yatim dari Pertubuhan Nur Kasih Klang yang diberikan oleh Ahmad Faisal.



Pengarah Program, Hanis Firzana Shamshahrin berkata, ‘’Drive For Hope’ itu memberikan peluang pembelajaran secara praktikal kepada pelajar dalam penganjuran acara dalam bidang automotif.



“Program ini juga meningkatkan kesedaran tentang industri automotif dalam kalangan pelajar dan anak-anak daripada Pertubuhan Nur Kasih,” katanya.



Kehadiran masyarakat daripada pelbagai peringkat umur memperlihatkan bagaimana minat bersama boleh menjadi asas kepada perpaduan dan interaksi bermakna.

View Original Article