Karnival Baurung-Urung khazanah budaya, produk pelancongan

30 Oct 2022 • 1:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Karnival Baurung-Urung antara khazanah budaya yang boleh diketengahkan kepada pelancong di dalam dan luar negara, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Katanya, dengan memiliki pelbagai khazanah budaya dan adat resam, masyarakat Brunei boleh menjadi sebahagian daripada penyumbang dalam sektor pelancongan melalui seni dan budaya yang dimiliki.

“Ini termasuklah seperti seni gambus, seni tari serta pelbagai produk makanan tradisional yang boleh diketengahkan. Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan penganjuran karnival seumpama ini, yang perlu dipromosikan sebagai salah satu produk tarikan pelancong ke negeri ini.