
Kota Kinabalu: Persatuan Pemuliharaan Bahasa Dusun Sabah akan mengadakan Karnival Dusunic Sabah di Apin-Apin, Keningau bulan depan.
Presidennya Datuk Lawrence Gimbang berkata majlis berkenaan diadakan dengan tujuan bagi mempromosikan dan memelihara adat serta budaya masyarakat Dusun yang terdapat di Sabah.
“Karnival ini juga untuk menggalakkan penggunaan bahasa Dusun dalam kalangan penduduk tempatan agar tidak luntur ditelan zaman.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan pidato, puisi, pakaian tradisional dan bengkel bahasa Dusun,” katanya.
