Karnival himpunkan 23 sekolah adat Sabah

3 May 2025 • 11:03 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jinni Juanis

Tuaran: Karnival Pendidikan Adat Budaya Borneo kali ketiga pada bulan lalu berjaya menghimpunkan 23 Sekolah Adat Anak Negeri (SAANS) dari seluruh Sabah.

Pengasas SAANS Shalmon Sanangan berkata, karnival ketiga ini dianjur dengan begitu baik dan jumlah yang menyertai melambangkan semangat perpaduan serta jati diri budaya penduduk asal Sabah yang semakin kukuh.

“Karnival pada kali ini begitu bermakna kerana telah menghimpunkan 23 buah Sekolah Adat Anak Negeri seluruh Sabah. Ini adalah satu perkembangan yang amat menggalakkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Lebih membanggakan lagi ialah buat pertama kalinya kita berjaya mengadakan tiga pertandingan adat secara serentak iaitu Pertandingan Pidato Bahasa Ibunda, Mega Gong dan Tarian Tradisi,” katanya ketika dihubungi Khamis.

View Original Article