Karnival kerjaya bantu graduan dapatkan pekerjaan

19 Aug 2022 • 10:45 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Lebih 1,400 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ditawarkan sempena Karnival Kerjaya & Keusahawanan UPM x PERKESO: MYCAREER @ MOHE 2022 yang telah diadakan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.

Karnival anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan rakan strategik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bertujuan membantu graduan UPM mendapatkan pekerjaan, selain membantu komuniti setempat yang masih mencari pekerjaan.

Ia menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung termasuklah pengisian perkongsian MYFUTUREJOBS, temu duga terbuka, pameran agensi dan juga penganjuran festival trak makanan (food truck).

image is not available

Pengarah CEM, Profesor Madya Dr Mass Hareeza Ali berkata, Karnival Kerjaya & Keusahawanan UPM x PERKESO: MYCAREER @ MOHE 2022 itu mampu menjadi platform kepada graduan untuk mencari peluang pekerjaan mengikut bidang masing-masing.

“Ini adalah saluran terbaik untuk mengintai peluang pekerjaan yang disediakan secara bersemuka dan berinteraksi dengan para majikan yang hadir.

image is not available

image is not available

image is not available

“Selepas negara memasuki fasa endemik, ini adalah kali pertama program secara fizikal dilaksanakan dengan kehadiran seramai 16 majikan daripada pelbagai sektor seperti kejuruteraan, kewangan, perkhidmatan, peruncitan dan logistik,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akdemik & Antarabangsa) UPM, Profesor Dr Ismi Arif Ismail berkata, penganjuran karnival itu selaras dengan misi universiti untuk mencapai sasaran 85 peratus graduan mendapat pekerjaan, seperti yang digariskan oleh KPT pada tahun ini.

image is not available

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok