Karnival Seni Budaya Bangsa 14-16 Feb, pelbagai program menarik menanti pengunjung

11 Feb 2025 • 11:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 11 FEB: Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Karnival Seni Budaya Bangsa di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 14 hingga 16 Februari.

Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor berkata program dengan kemasukan percuma itu menyajikan pelbagai kegiatan seni, permainan rakyat dan hiburan.

“Karnival anjuran Koopseni dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam bakal dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Sri Amirudin Shari,” maklumnya menerusi Instagram.

image is not available
Aktiviti menarik yang disediakan termasuklah konsert selebriti tanah air yang menampilkan antaranya Fauziah Latiff, Ani Mayuni dan Zaki Yamani.

Selain jualan usahawan selebriti, program berkenaan turut diisi dengan ceramah perdana yang akan disampaikan oleh Ustaz Dato’ Badlishah Alauddin.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved