Karnival Tahun Baharu Cina 2026 bukti Kota Kinabalu hub pelancongan budaya

LocalTravel
13 Feb 2026 • 11:25 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA KINABALU: Penganjuran Karnival Tahun Baharu Cina 2026 membuktikan keupayaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memperkukuh kedudukan ibu negeri ini sebagai hub pelancongan budaya yang progresif dan inklusif.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai berkata kejayaan karnival berkenaan mencerminkan komitmen pihak berkuasa tempatan dalam mengurus acara berskala besar secara tersusun dan berimpak tinggi kepada ekonomi bandar.

“Sebagai pintu masuk utama ke Sabah perayaan seperti ini menambah nilai kepada pengalaman pengunjung dan pelancong yang berada di sini.

“Inisiatif ini selaras dengan usaha menjadikan Kota Kinabalu sebagai hub pelancongan yang bukan sahaja dinamik dari segi pembangunan malah kaya dengan nilai tradisi.

“Pembangunan bandar raya perlu seiring dengan kreativiti komuniti tempatan bagi mewujudkan lebih banyak tarikan pelancongan baharu yang mampu menarik minat pelancong domestik serta antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Karnival Tahun Baharu Cina 2026 yang diadakan di Lintasan Deasoka pada Rabu.

Beliau yang juga menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal DBKK menggalakkan komuniti Cina tempatan terus memainkan peranan aktif dengan menyumbangkan idea dan kepakaran dalam memperkasa sektor pelancongan bandar demi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Selain itu Joniston berharap semangat perpaduan dan kerjasama yang dipamerkan sepanjang karnival tiga hari anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) dan DBKK tersebut diteruskan demi kesejahteraan dan kemajuan negeri Sabah.

Hadir sama Mayor DBKK Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan Presiden FCAS Tan Sri Dr TC Goh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved