Karnival Zakat Selangor buka lebih 6,000 peluang kerja buat asnaf

6 Aug 2022 • 8:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 6 OGOS: Lebih 6,000 peluang kerja ditawarkan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf sempena Karnival Kerjaya Jom Kerja anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini.

Program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melibatkan 30 majikan dalam pelbagai sektor.

Menurut LZS, karnival itu membantu asnaf mencari peluang dalam bidang perkhidmatan, pembuatan, perdagangan borong dan peruncitan, automotif serta makanan dan minuman.

“Inisiatif kerjaya LZS merupakan salah satu strategi pembangunan asnaf bagi membantu penerima zakat keluar dari kemiskinan dan menaik taraf kehidupan sehingga mampu menjadi pengeluar zakat,” katanya dalam kenyataan.

Jelas agensi berkenaan, Memorandum Kolaborasi (MoC) turut diadakan bersama Perkeso bagi membantu golongan sasar mendapat perlindungan keselamatan sosial menerusi Program Sinergi Sosial.

Tambahnya, ia termasuk mewujudkan jalinan kerjasama strategi dengan agensi berpotesi bagi membantu pemadanan dan penempatan pekerjaan dalam kalangan asnaf terlibat.

“LZS pula menawarkan khidmat perkongsian data asnaf yang memerlukan bantuan keselamatan sosial dan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri kepada asnaf yang bekerja sendiri,” katanya.

Program tersebut dihadiri Timbalan Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf LZS Mohd Nurhisyam Shamsir dan Pengarah Perkeso Selangor Mustafa Draman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved