Kartel dalam Bersatu? Jika ya, Adun Selat Klang terlibat, kata Muhyiddin

Politics
11 Mar 2024 • 3:05 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PUTRAJAYA - Parti Bersatu menolak dakwaan wujudnya kartel dalam parti itu di Selangor seperti dakwaan Adun Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari sebaliknya menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Tegas presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, parti itu bergerak atas dasar perlembagaan dan peraturan yang perlu diikut.

“Tiada kartel. Parti ini bergerak atas dasar perlembagaan. Ada peraturan. Rashid jadi timbalan pengerusi badan pimpinan negeri. Kalau ada kartel, berkartel dengan dia lah.

“Jangan cari dalil apabila lakukan kesilapan besar malah tuduh parti buat itu. Satu perbuatan tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) di sini, hari ini.

Rashid, yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata punca beliau berbuat demikian adalah kerana wujud kartel Bersatu di Selangor.

Rashid mendakwa kartel berkenaan dipimpin individu yang ‘baru sehari dua’ menyertai Bersatu dan ia merupakan punca beliau menyokong kepimpinan Amirudin.

Sambil menolak dakwaan merajuk, Rashid sebaliknya merasakan beliau tidak diperlukan oleh parti selepas sembilan tahun bekerja keras menubuhkan Bersatu Selangor. - 11 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved