Karung Pasir Jadi Benteng Terakhir Di Unit Kecemasan – “Tak Tahu Sampai Bila Boleh Bertahan..”

27 Nov 2025 • 12:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebuah hospital kerajaan di Perlis terpaksa menggunakan beberapa karung pasir sebagai benteng sementara bagi menghalang limpahan air banjir daripada memasuki kawasan Jabatan Kecemasan, susulan hujan lebat yang berterusan sejak kebelakangan ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ammar Azhar di Threads, dapat dilihat dua orang staf di fasiliti kesihatan berkenaan sedang memantau paras air di kawasan tersebut.

Karung pasir

image is not available

“Benteng terakhir di unit kecemasan,” katanya ringkas di ruangan kapsyen.

Jelasnya lagi, setakat ini tiada petanda menunjukkan air banjir akan surut namun mempunyai perancangan lain untuk membuka sementara blok lain bagi membolehkan pesakit menerima rawatan kecemasan.

Ammar turut memaklumkan bahawa pegawai perubatan dan staf berada dalam keadaan baik, walaupun sebahagian daripada mereka turut terjejas akibat bencana itu.

Artikel lain: 163 Calon SPM SMK Jitra Dipindah Demi Keselamatan, Air Naik Ketika Jawab Peperiksaan

Karung pasir

image is not available

“Masih ok, staf pun memang ada rumah yang terjejas teruk, kecemasan ni pun tak tahu sampai bila bertahan sebab air tak ada tanda nak surut lagi.
“Macam naik lagi je, ada backup plan buka sementara di blok lain..doa-doakan lah ada sinar surut esok,” ujarnya.

Untuk makluman, jumlah mangsa banjir di sembilan negeri setakat jam 10 pagi tadi seramai 29,457 orang daripada 10,130 keluarga.

Menurut Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 10,842 orang yang kini ditempatkan di 66 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sumber: Threads @Ammar Azhar