Karya Dibeli Oleh DJ Popular Steve Aoki, Rupanya Pelukis Seni Itu Kelahiran Anak Sarawak

27 Jan 2023 • 4:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Siapa sangka hasil lukisan yang cantik ini rupanya hasil bakat dari anak Sarawak

Karya Dibeli Oleh DJ Popular Steve Aoki, Rupanya Pelukis Seni Itu Kelahiran Anak Sarawak. Seni sentiasa berubah dari analog ke bahagian digital dan apa yang kita ketahui sebelumnya lukisan telah menjadi kanvas, apa yang sekarang menjadi ilustrasi paparan haptik dan lukisan pen digital.

Seperti yang kita tahu, tidak semua mempunyai kelebihan dalam seni melukis, ia memerlukan masa dan tenaga yang banyak untuk menghasilkan satu hasil karya seni.

image is not available
Karya Dibeli Oleh DJ Popular Steve Aoki, Rupanya Pelukis Seni Itu Kelahiran Anak Sarawak. Sumber: Twitter

Karya beliau telah dibeli oleh DJ Hollywood di NFT

Dikenali sebagai Faten, gadis ini merupakan pelukis illustrasi yang berasal dari Sarawak. Beliau juga aktif dalam menghasilkan karya seni NFT, di mana mereka yang berminat boleh membeli lukisannya di laman tersebut menggunakan mata wang kripto.

Dalam hasil karya gadis Kuching yang berbakat ini, mengetengahkan karakter-karakter wanita. Setiap karyanya mempunyai keistimewaan dan bersifat kontemporari telah menarik perhatian peminat lukisan dan salah satunya adalah DJ yang terkemuka di Hollywood.

image is not available
Sumber: @hellofaten

Lukisan dari anak muda ini juga meraih komen positif netizen

Siapa sangka pada pembukaan tahun ini, salah satu karya illustrasi anak muda Sarawak ini telah dibeli oleh DJ yang popular di Hollywood, Steve Aoki. Menerusi kongsian di laman Twitter, Steve Aoki telah memuat naik satu gambar dengan kapsyen:

Kami baru sahaja membeli “Unspoken Chaos” oleh Faten! @hellofaten meluahkan kata-katanya yang tidak terucap, pemikiran yang tidak tertulis dan kecintaannya terhadap garis dan warna melalui karya seninya.”

Twitter @plsa0k1

Starting 2023 with a bang!”

Twitter @steveaoki

Lukisan dari anak muda ini juga meraih komen positif netizen bahkan ada juga yang memberikan kata-kata semangat kepada beliau untuk meneruskan karyanya.

image is not available
Sumber: Twitter

image is not available
Sumber: Twitter

Congrats Faten! We couldn’t be any more prouder! Love seeing you get the recognition you deserve. All the best Faten!

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di bawah: