Karya terbitan Harian Ekspres ungguli HSS 2022/2023

20 Jul 2024 • 2:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Sebahagian besar karya yang tersiar dalam ruangan sastera budaya akhbar ini berjaya memenangi Hadiah Sastera Sabah (HSS) bagi tahun penilaian 2022/2023.

Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani berkata daripada 10 buah puisi (eceran) yang menang hadiah HSS, lima daripadanya disiarkan oleh Harian Ekspres.

“Sementara itu, tujuh cerpen yang tersiar dalam ruangan ini menang hadiah HSS daripada 10 hadiah yang diumumkan,” katanya, sambil mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.

Senarai pemenang diumumkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Jasni yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, dan pengarang bersekutu yang turut memilih karya yang tersiar dalam akhbar ini berkata, perkembangan itu sangat menarik dan menunjukkan karya yang tersiar dalam akhbar ini berkualiti.

Bagi kategori puisi eceren, antara karya yang tersiar dalam akhbar itu dan memenangi HSS tahun penilaian 2022/2023 ialah “Kisah Babu dan Pemburu”

(HE:13/11/2022) oleh Jelison Jupin, “Pengebumian Tuhan” (HE:10/2/2023) oleh Siti Alimah Kamarudin, “Lelaki Senja dengan Gitar di atas air” (HE: 10/11/2023) oleh Rukimah Pandawa, “Dermaga, Bahtera dan Nakhoda” (HE:3/12/2023) oleh Hasmin Azroy Abdullah, dan “Tanya Keramat Ibu” (HE :11/12/2022) oleh Mohd Ashrafi Harumin.

Manakala dalam genre cerpen ialah, “Sejarah yang dinafikan” (HE:19/2/2023) oleh Maburin@ Ramlee Jainin, “Rumahnya senget” (HE:17/12/2023), oleh Juri Durabi, “Beberapa Cerita yang Muncul di Kota Madinah” (HE:26/3/2023 oleh Jasni Matlani.

Seterusnya cerpen “Jentayu yang Bersembunyi di Balik Pohon Gandasuli (HE: 7/8/2022, oleh Salvia Rose, “Masak Lemak Umbut Kelapa” (HE:3/9/2023 oleh Aminah Sambion, “Wad Perempuan Katil No. 9” (HE:16/4/2023) oleh Mukadis Majid @R.Disma dan “Kerana Mariah” (HE: 24/12/2023) oleh Kathirina Tati.

Jasni turut mengucapkan tahniah kepada pengarang Harian Ekspres yang memilih karya bermutu sehingga berjaya memenangi HSS.

Pihak DBP mengumumkan majlis penyampaian hadiah akan diadakan semasa Majlis Anugerah Pena Kinabalu (Mapena) pada 6 September depan, di sini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article