Kasbin Putrajaya menyajikan masakan kampung tulen tepi tasik menjadikannya tumpuan pelancong & jemaah Masjid

Food
30 Jun 2026 • 10:00 AM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: Kasbin Putrajaya menyajikan masakan kampung tulen tepi tasik menjadikannya tumpuan pelancong & jemaah Masjid
Frasa ini membawa nostalgia di kampung halaman. Sumber: Kasbin

Saya memahami makna di sebalik jenama Kasbin (Kafe Kasbin) membawa falsafah yang unggul dalam memelihara warisan budaya Melayu tradisional yang digabungkan dengan elemen moden. Maksud dan identiti yang dibawa oleh jenama ini merangkumi “sajian pusaka” rasa Hipster iaitu mengekalkan resipi turun-temurun masakan Melayu asli (seperti asam pedas, ikan & daging salai) - namun dihidangkan dalam suasana santai, segar, dan kontemporari “Rasa Hipster” yang mesra generasi muda. Dari sudut bahasa Melayu“Kasbin” digunakan secara khusus sebagai nama khas (proper noun) komersial untuk membina penjenamaan (branding) yang mudah diingati oleh peminat makanan tempatan dan Nusantara. (https://www.instagaram.com>kafe-kasbin<)

Mengikut Andy, Penyelia Kafe, “Misi rasmi jenama Kafe kami dibina untuk membangkitkan suasana yang penuh dengan kehangatan (warmth), keselesaan (comfort), kasih sayang (affection). Jenama ini mahu memberi ruang kepada pelanggan untuk mengekspresikan rasa cinta dan penghargaan khas kepada keluarga serta rakan-rakan melalui aktiviti berkongsi makanan tradisional. Simbol kasih sayang membangkitkan rasa nostalgia untuk masakan kampung.”

Image from: Kasbin Putrajaya menyajikan masakan kampung tulen tepi tasik menjadikannya tumpuan pelancong & jemaah Masjid
Tarikan utama bagi Dr. Zul & Zarina (kiri) ialah hidangan tradisi kampung seperti ikan tilapia bakar, daging salai masak lemak cili api asli Nogori, kerang rebus, dan terung masak asam pedas. Foto: Kasbin

Saya & isteri, Zarina bersetuju bahawa nama kafe ini diuar-uarkan sebagai suatu jenama yang boleh “mengubati rindu masakan emak di kampung”. Ia direka untuk memberi impak emosi seolah-olah kami berdua telah balik ke kampung halaman sebaik sahaja melangkah masuk & duduk di premis Kasbin.

Image from: Kasbin Putrajaya menyajikan masakan kampung tulen tepi tasik menjadikannya tumpuan pelancong & jemaah Masjid
Menghayati falsafah pengurusan Kafe Kasbin, Andy (kiri) sentiasa ramah serta mesra pelanggan, mmgutamakan kualiti servis kepada pelanggan yang sama penting dengan kuali makanan. Foto: Zarina

Sesungguhnya, di sebalik kesibukan kota Putrajaya dan langkah yang sentiasa tergesa-gesa, kami dapat peluang seketika merasa ketenangan, dan klasik, dengan momen penuh makna berada di Kafe Kasbin. Setiap hidangan di kafe ini lahir daripada memori dan sentuhan tangan yang memasak dengan rasa, bukan sekadar sukatan resipinya. Biarkan rasa ini bercerita. Kerana di sini, setiap hidangan membawa pulang rasa yang selalu kami rindui & terpesona!

Image from: Kasbin Putrajaya menyajikan masakan kampung tulen tepi tasik menjadikannya tumpuan pelancong & jemaah Masjid
Dr. Zul gemar “minuman yang menyenangkan rasa” bukan sahaja menghilangkan dahaga, tetapi juga memberikan kepuasan deria selepas menikmati hidangan utama yang pedas berempah. Foto: Zarina

Saya amat teruja membaca slogan penjenamaan Kafe Kasbin yang tercatat indah pada gelas plastik minumannya (drinkware) iaitu “Reignite the taste of being love”. Secara puitis indah saya dapat terjemahkan dalam Bahasa Melayu kepada “Membangkitkan kembali rasa disayangi” dari perspektik makan dan kafe untuk aroma & menzahirkan rasa makanan yang sedap, lazat, manakala “disayangi” memberikan suasana kekeluargaan yang penuh kemesraan.


Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved