Para penerima Bantuan Kasih Asnaf Back to School berupa bantuan pakaian dan peralatan persekolahan kini boleh menebus kelengkapan sekolah anak anda dengan aplikasi Boost atau https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.myboost&hl=en atau https://apps.apple.com/my/app/boost-app-malaysia/id1235987570.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Kasih Asnaf Back To School MAIWP.
Apakah Bantuan Kasih Asnaf Back To School MAIWP?
Bantuan Kasih Asnaf Back To School adalah bantuan persekolahan yang diperkenalkan MAIWP kepada mereka yang layak untuk mereka membeli barangan keperluan persekolahan kepada anak-anak mereka.
Dengan adanya program ini, ia akan membantu pelajar kurang berkemampuan mendapatkan pakaian dan peralatan sekolah.
Penerima yang bakal menerima bantuan ini terdiri daripada asnaf di Wilayah Persekutuan yang berdaftar dengan pihak MAIWP.

Penebusan Menerusi Aplikasi Boost
Pihak MAIWP telah memutuskan untuk meneruskan proses agihan zakat kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah dengan pembayaran secara digital, melalui e-dompet.
Demi memudahkan proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi sesi kepada penerima-penerima yang telah dikenalpasti, MAIWP akan mengagihkan melalui aplikasi Boost dengan menggunakan Boost MAIWP Wallet/Dompet MAIWP.
Para penerima hanya boleh membeli pakaian dan peralatan sekolah secara ‘Scan and Pay’ (‘Imbas dan Bayar’) di kedai-kedai dan pasaraya yang terpilih yang telah dikenalpasti dan dipersetujui MAIWP dan disenaraikan melalui aplikasi Boost dengan menggunakan Boost MAIWP Wallet/ Dompet MAIWP mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Dengan aplikasi ini, penerima boleh membayar menggunakan telefon bimbit anda tanpa menggunakan tunai fizikal.
Tarikh Penebusan
Tarikh penebusan boleh dibuat mulai 22 DISEMBER 2025 SEHINGGA 30 JUN 2026.
Senarai Pasaraya Untuk Penebusan
Berikut merupakan pasaraya yang boleh ditebus untuk menerusi program ini:
| 1. Hari-Hari Selayang Utama 14&15&15F(B)&16A Jln Su 10 Tmn Selayang Utama, Batu Caves, 68100, Selangor. 03-61282518 Waktu Operasi: 9am-9pm | 2. Hari-Hari Taman Permata 2768 & 2769 Changkat Permata Tmn Permata, Kuala Lumpur, 53300, Wilayah Persekutuan. 03-41620681 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 3. Hari-Hari Jalan TAR 3 491&493 Jalan TAR, Kuala Lumpur, 50100, Wilayah Persekutuan. 03-26023618 Waktu Operasi: 9am-9pm | 4. Hari-Hari Jalan TAR 4 203 Jalan TAR, Kuala Lumpur, 50100, Wilayah Persekutuan. 03-26022618 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 5. Hari-Hari Jalan Silang 49&51 Jalan Silang, Kuala Lumpur, 50050, Wilayah Persekutuan. 03-20224120 Waktu Operasi: 9am-9pm | 6. Hari-Hari Sri Selayang No. 14, Jalan Sri Selayang, Taman Sri Selayang, Batu Caves, 68100, Selangor. 03-61787318 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 7. Hari-Hari Pekan Sg Besi No. 75, Jln Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, The Trillium, Lake Fields, Sungai Besi, Kuala Lumpur, 57000, Wilayah Persekutuan. 03-90544318 Waktu Operasi: 9am-9pm | 8. Hari-Hari Sg Besi KL No. 6, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, 57100, Wilayah Persekutuan. 03-92229122 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 9. Hari-Hari Dato Harun No. 13A & 15, Pusat Komersial Maju Jaya, Jalan PJS 2/16A, Petaling Jaya, 46000, Selangor. 03-77720982 Waktu Operasi: 9am-9pm | 10. Hari-Hari Permaisuri No. 42 & 44, Jalan Sri Permaisuri 9, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, 56000, Wilayah Persekutuan. 03-91740067 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 11. Hari-Hari Bangi No. 22-G-1, 22-1-1 & 22-2-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor. 03-89127588 Waktu Operasi: 9am-9pm | 12. Hari-Hari Jalan TAR 1 446 Jalan TAR, Kuala Lumpur, 50100, Wilayah Persekutuan. 03-40509318 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 13. Hari-Hari Jalan TAR 2 509 Jalan TAR, Kuala Lumpur, 50100, Wilayah Persekutuan. 03-26023018 Waktu Operasi: 9am-9pm | 14. Hari-Hari Petaling Street 1 32 Jln Petaling, Kuala Lumpur, 50000, Wilayah Persekutuan. 03-20224818 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 15. Hari-Hari Petaling Street 2 95 Jln Petaling, Kuala Lumpur, 50000, Wilayah Persekutuan. 03-20221122 Waktu Operasi: 9am-9pm | 16. Hari-Hari Jalan Raja Laut 128 Jln Raja Laut, Kuala Lumpur, 50350, Wilayah Persekutuan. 03-40505052 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 17. Hari-Hari Pekan Kajang No. 51 & 52 Jalan Tun Abdul Aziz, Kajang, 43000, Selangor. 03-87360881 Waktu Operasi: 9am-9pm | 18. Hari-Hari Kajang 15,17,19 Jln Kajang Mewah 4 Tmn Kajang Mewah, Kajang, 43000, Selangor. 03-87413418 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 19. Hari-Hari Bandar Seri Putra No. 2-G, Laman Perniagaan Bahagia, Jalan 2 Bandar Seri Putra, Kajang, 43000, Selangor. 03-89256988 Waktu Operasi: 9am-9pm | 20. Hari-Hari Sepang LOT NO. M05, M08 & M09, JALAN WARISAN SENTRAL 3, KIP SENTRAL, KOTA WARISAN, SEPANG, 43900, Selangor. 03-87067088 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 21. Hari-Hari Sri Gombak NO. 36 & 38, JALAN SG 1/8, TAMAN SRI GOMBAK, BATU CAVES, 68100, Selangor. 03-61777988 Waktu Operasi: 9am-9pm | 22. Hari-Hari Subang Perdana NO. 30, JALAN DINAR U3/D, TAMAN SUBANG PERDANA, SEKSYEN U3, SHAH ALAM, 40150, Selangor. 03-78312613 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 23. Hari-Hari Sungei Way NO. 625, JALAN SS 9/1, SERI SETIA SUNGAI WAY, PETALING JAYA, 47300, Selangor. 03-78659850 Waktu Operasi: 9am-9pm | 24. Hari-Hari Sri Manja 7-1, 7-2, 8-1 & 9-1, JALAN PJS 3/61, TAMAN SRI MANJA, PETALING JAYA, 46000, Selangor. 03-77701460 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 25. Hari-Hari Hulu Langat NO. 1, JALAN LAGENDA SURIA 1, TAMAN LAGENDA SURIA, HULU LANGAT, 43100, Selangor. 03-90217368 Waktu Operasi: 9am-9pm | 26. Hari-Hari Sri Serdang NO. 12 & 12A, JALAN 18/33A, TAMAN SERI SERDANG, SERI KEMBANGAN, 43300, Selangor. 03-89407112 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 27. Hari-Hari Balakong NO. 47G, 49G & 51G, JALAN PDR 5, PUSAT PERNIAGAAN DESARIA 2, SERI KEMBANGAN, BALAKONG, 43300, Selangor. 03-89645002 Waktu Operasi: 9am-9pm | 28. MYDIN SUBANG JAYA HYPERMARKET LEVEL 1M, MYDIN MALL, LOT 675 & 676, PERSIARAN SUBANG PERMAI, USJ1, SUBANG JAYA, 47500, Selangor. 03-80736000 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 29. EMPORIUM MYDIN SELAYANG NO: 10-16, JALAN SU/12, TAMAN SELAYANG UTAMA, BATU CAVES, 68100, Selangor. 03-61367029 Waktu Operasi: 9am-9pm | 30. EMPORIUM MYDIN CHOW KIT NO. 398-G, 398-1, 398-2, 398-3, 398-4, JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN, KUALA LUMPUR, 50100, Wilayah Persekutuan. 03-26915786 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 31. EMPORIUM MYDIN SINAR KOTA TKT MEZANIN, TKT BAWAH, TKT 1 & TKT 2, KOMPLEKS SINAR KOTA, KUALA LUMPUR, 50050, Wilayah Persekutuan. 03-20707479 Waktu Operasi: 9am-9pm | 32. SEMENYIH HYPERMARKET LOT NO. 21452, JALAN ANGGERIK PERDANA 1, TAMAN ANGGERIK PERDANA, SEMENYIH, 43500, Selangor. 03-87275639 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 33. MYDIN DANAU SAUJANA LOT G22, PV12, PLATINUM LAKE CONDOMINIUM, NO. 6, JALAN LANGKAWI, SETAPAK, KUALA LUMPUR, 53300, Wilayah Persekutuan. 03-41317554 Waktu Operasi: 9am-9pm | 34. PUSAT PAKAIAN SEKOLAH QUALITY TEXTILE NO 2 & 4, JALAN JUJUR 2, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS, KUALA LUMPUR, 56000, Wilayah Persekutuan. 03-91739857 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 35. Canggih @ Shah Alam LOT NO 9 & 11 JALAN TUKANG 16/4, KAWASAN PERINDUSTRIAN SEKSYEN 16, SHAH ALAM, 40720, Selangor. +601119900783 Waktu Operasi: 9am-9pm | 36. PUSTAKA RAWANG ENTERPRISE S-G-03A, SUITE 1 MAXIM NO. 1 JALAN PELANGI 2, TAMAN PELANGI SENTUL, KUALA LUMPUR, 51000, Wilayah Persekutuan. +601127661156 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 37. MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD NO. 40-54, JALAN DIPLOMATIK, PRESINT 15, 53300, PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA. +60388903620 Waktu Operasi: 9am-9pm | 38. REGION APPAREL SDN BHD KEDAI CANGGIH LOT G-81, WANGSA WALK MALL, WANGSA AVENUE, JALAN WANGSA PERDANA 1, BANDAR WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR, 53300, Wilayah Persekutuan. 03-41419226 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 39. CANGGIH PREMIUM LOT 06-AAB, MENARA A PANDAN KAPITAL PERSIARAN MPAJ, JALAN PANDAN UTAMA, PANDAN INDAH, KUALA LUMPUR, 55100, Wilayah Persekutuan. 6019-6701915 Waktu Operasi: 9am-9pm | 40. CANGGIH – MY-SUTERA SDN. BHD 2772, JALAN CHANGKAT PERMATA, TAMAN PERMATA, 55100, WIALAYAH PERSEKUTUAN. 60192275240 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 41. CANGGIH – MY-SUTERA SDN. BHD NO. 237, ODEON KL, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, KUALA LUMPUR, 50100, WILAYAH PERSEKUTUAN +60126993518 Waktu Operasi: 9am-9pm | 42. PUSTAKA RAWANG SDN BHD NO. 6 & 8, JALAN DIPLOMATIK, PRESINT 15, PUTRAJAYA, 62050, Wilayah Persekutuan. 03-88930989 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 43. BUTIK GENG BAJU SEKOLAH PUSAT KOMUNITI, APARTMEN 17RK1, PRESINT 17, PUTRAJAYA, 62050, Wilayah Persekutuan. 6012-6788167 Waktu Operasi: 9am-9pm | 44. RIZQENT NIAGA ENTERPRISE TINGKAT 1, LOT 15, LAZENDA WAREHOUSE FASA 2, JALAN PATAU-PATAU, LABUAN, 87008, Wilayah Persekutuan. 6012-8036063 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 45. CHE P HOUZ BM0073(B), KAMPUNG BATU MANIKAR, LABUAN, 87000, Wilayah Persekutuan. 6011-33341416 Waktu Operasi: 9am-9pm | 46. CHE P HOUZ (M) LOT 1, SELERA MANIKAR KAMPUNG BATU MANIKAR, LABUAN, 87008, Wilayah Persekutuan. 6012-8036063 Waktu Operasi: 9am-9pm |
| 47. EZ ADVANCE RESOURCES UNIT 2-12, LABUAN TIMES SQUARE, LABUAN, 87000, Wilayah Persekutuan. 6017-8488484 Waktu Operasi: 9am-9pm |
Langkah Penebusan Kelengkapan Sekolah
Sila ikuti langkah berikut untuk menebus kelengkapan sekolah anak bagi program ini dengan aplikasi Boost.
- Muat turun aplikasi Boost dan daftar.
- Semak kelayakan melalui notifikasi atau bahagian ‘What’s New’ dalam aplikasi.
- Pilih kategori dan jenama barangan yang diperlukan.
- Buat pesanan dan sahkan pembelian menggunakan pin atau cap jari.
Sila rujuk kepada video di bawah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas.
Cara Membuat Semakan
Untuk mengetahui penerima bantuan ini, sila buat semakan di pautan https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/kasihasnaf/semakan_bcs/.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Kasih Asnaf Back To School?Bantuan ini merupakan bantuan persekolahan yang diperkenalkan MAIWP kepada asnaf untuk membeli barangan keperluan persekolahan kepada anak-anak mereka.
Penebusan boleh dibuat dengan muat turun aplikasi Boost dan mendaftar sebelum ke pasaraya yang terpilih untuk pembelian.
Apakah akan terjadi jika perbelanjaan melebihi jumlah yang diberikan?Penerima perlu menambah dengan wang sendiri (melalui ‘main wallet’) atau mengurangkan barang pembelian.
Adakah saya boleh memilih mana-mana kedai/pasaraya untuk pembelian?Tidak. Sila rujuk pautan untuk senarai pasaraya terpilih untuk membuat penebusan di pautan https://www.maiwp.gov.my/portal-main/article2?id=senarai-pasaraya-terpilih.
Bagaimanakah saya boleh membuat semakan untuk mengetahui status penerima?Semakan boleh dibuat menerusi https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/kasihasnaf/semakan_bcs/.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang permasalahan dan pertanyaan, sila hubungi Hotline Unit Sekolah di talian 019-200 8458.
Baca juga: Pendidikan Kewangan Kanak-Kanak: Bermula Daripada Usia Berapa?
