
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kehilangan orang tersayang sememangnya amat memeritkan. Tidak kiralah anak yang kehilangan ibu bapa atau isteri yang hilang suami, peristiwa sebegini sememangnya amat memberi kesan dalam kehidupan seseorang.
Bayangkan selama ini kita menatap wajah yang sama setiap hari, namun segalanya hilang sekelip mata. Ia boleh menjadi amat perit jika insan tersayang pergi secara tiba-tiba.
Namun sebagai umat Islam, kita dinasihatkan agar sentiasa reda dan menerima takdir yang ditentukan oleh Allah SWT.
Wanita Duduk Tatap Pusara Ketika Hujan Renyai
Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang wanita yang sedang duduk termenung di hadapan sebuah pusara sewaktu hujan renyai.
Detik menyentuh hati itu dikongsikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar di TikTok miliknya, @baddrolbakhtiar7.
Melalui perkongsian itu, wanita berkenaan dilihat langsung tidak berganjak dari kerusi yang diduduki sambil menatap pusara itu walaupun dalam keadaan hujan renyai.
Jelas Baddrol yang juga merupakan bekas kapten skuad Liga Super Kedah, dia ternampak susuk tubuh itu sewaktu menziarahi pusara anaknya di Sungai Petani.
“Dalam perjalanan menziarahi pusara anak saya, hati ini tersentuh melihat seorang ibu di bawah rintik hujan, menatap kubur dengan perasaan yang sukar digambarkan.
“Kehilangan yang mendalam, namun doa dan harapan tetap bersemadi di setiap hembusan nafas. Semoga roh mereka tenang dan damai di sana. Al- fatihah,” tulis Baddrol menerusi ruangan kapsyen.
Dalam perjalanan menziarahi pusara anak saya, hati ini tersentuh melihat seorang ibu di bawah rintik hujan, menatap kubur dengan perasaan yang sukar digambarkan. Kehilangan yang mendalam, namun doa dan harapan tetap bersemadi di setiap hembusan nafas. Semoga roh mereka tenang dan damai di sana. Al- fatihah 🤲🏻🤍
Tonton video penuh [DI SINI]
Wanita Dakwa Warga Emas Sedang Melawat Kubur Anaknya
Video itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Menerusi ruangan komen, salah seorang pengguna TikTok, @Bella Al Uthman mendakwa wanita itu merupakan ibu mentuanya.
Ketika video diambil, wanita itu sedang menziarahi pusara anak lelakinya yang juga merupakan suami kepada Bella.
Menerusi ruangan komen, difahamkan wanita itu datang dari Terengganu untuk menziarahi pusara anak lelakinya itu.

Kongsi pengguna itu lagi, arwah suaminya merupakan seorang lelaki yang amat baik namun dia pergi menghadap illahi kerana penyakit Pneumonia.
Malah, suaminya yang sering demam tidak menentu itu sempat dimasukkan ke hospital dan ditidurkan selama 47 hari sebelum meninggal dunia.
Pada masa yang sama, Bella turut mengucapkan terima kasih kepada Baddrol Bakhtiar atas kata-kata dan doanya.

Pengguna Media Sosial Tersentuh, Anggap Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
Video yang telah mendapat lebih 696,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial yang lain.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tersentuh dan sedih melihat tindakan wanita itu.
Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman sama melakukan perkara serupa apabila kehilangan insan tersayang.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Abah Aku Macam Ni La Melawat Kubur Arwah Abang & Kakak, Anak-Anak Pergi Dulu, Sedih & Rindu Tiada Penghujung”

“Ibu Wanita Yang Tak Pernah Tinggalkan Kita Walau Bagaimana Pun Dugaan, Ibu Tetap Setia Menunggu”

“Jangan Kata Kita Reda & Tidak Percaya Takdir Kalau Kita Sendiri Tidak Melaluinya”

“Macam Mama Saya, Setiap Hari Ke Kubur Arwah Adik”

“Siapa Yang Kehilangan Orang Tersayang Saja Tahu Rindu Yang Tak Dapat Digambarkan”

Baca Artikel Berkaitan: Anak Mualaf Meninggal Dunia 4 Tahun Lalu, Ibu Bapa Sering Ziarah Kubur Walau Berlainan Agama
Baca Artikel Berkaitan: Tular Rider Sering Baring Di Kubur, Rupanya Rindu Arwah Ibu
Source:


