Sejak akhir-akhir ini, sering kita baca dalam akbar dan sosial media banyak insiden yang melibatkan adab serta tatasusila. Tidak kira yang muda mahupun yang telah lanjut usia, ada sahaja insiden yang memalukan dirakam hingga menjadi tontonan masyarakat umum. Seharusnya perkara ini tidak perlu terjadi kerana rakyat Malaysia semua kaum, terutama yang tinggal di desa dikenali sebagai rakyat yang mempunyai adab dan akhlak sopan santun yang tinggi.
Islam adalah agama yang mengajak umatnya untuk berkasih sayang dan saling menghormati. Golongan tua termasuk datuk dan nenek serta ibu dan ayah kita merupakan individu penting dalam membentuk golongan muda dengan sifat kasih sayang antara satu dengan yang lain. Mereka perlu melayani dan membimbing golongan muda dalam kalangan anak-anak atau remaja dengan penuh kasih sayang. Malah mengikut sabda Rasulullah Muhammad SAW:
“Sayangilah semua yang ada di bumi, maka semua yang ada di langit akan menyayangimu.” (Hadis Riwayat (HR) Imam al-Tirmizi)

Oleh itu, umat Islam di negara ini hendaklah meyakini bahawa kasih mengasihi sesama manusia adalah perintah Allah SWT kepada semua umat manusia dan menyedari bahawa Islam adalah agama yang mengutamakan kesejahteraan hidup dengan berkasih sayang. Bukan itu sahaja, umat Islam disarankan untuk memupuk sikap saling menghormati antara golongan yang tua dengan golongan yang lebih muda, dan sentiasa berbicara dengan cara yang terbaik.

Di musim perayaan Eid al-Fitr, saya, isteri dan anak-anak telah mengambil kesempatan untuk kunjung-mengunjung kaum kerabat dan saudara-mara yang tua dan yang muda demi mengeratkan silaturrahim (maksudnya: hubungan persaudaraan, kekeluargaan dan persahabatan). Inilah jambatan kasih sayang.
Masih segar lagi diingatan saya bahawa Rasullulah SAW 'tidak akan mengakui sebagai umatnya kepada orang yang tidak menyayangi yang muda dan tidak menghormati yang tua melalui riwayat Abdullah bin Umar Radhiallahu Anhuma, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak menyayangi orang muda di antara kami dan tidak memahami hak orang yang lebih tua di antara kami, maka ia bukan dari golongan kami.”
Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
