‘Kasih sayang mertua menantu yang istimewa. Sebak tengok!’ Puteri Sarah rai hari jadi Datuk Yusof bikin ramai terharu

2 May 2024 • 9:53 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk Yusof Haslam yang sehingga kini masih tetap erat.

Umum memang mengetahui akan hubungan baik antara mereka tetap terjalin biarpun Puteri Sarah dan Syamsul Yusof tidak lagi bergelar suami isteri.

Bahkan, dalam perkongsian sebelum ini, pengarah dan pelakon terkenal itu menganggap ibu kepada cucu-cucunya itu seperti anak perempuannya.

Keakraban mereka membuatkan ramai kagum dan terharu. Apatah lagi, Datuk Yusof dan isteri, Datin Fatimah Ismail sering menyebelahi bekas menantunya itu dalam banyak hal.

image is not available

Kek hari jadi

Terbaharu, pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu membuat kejutan bersempena sambutan hari lahir Datuk Yusuf.

Menjengah ke laman TikTok milik Rosfazeera3, kelihatan satu video yang memaparkan ibu kepada sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 meraikan hari ulang tahun kelahiran bekas bapa mertuanya itu dengan menyediakan kek hari jadi.

image is not available

Lebih membuatkan tuan punya badan terkejut apabila pihak kru di set penggambaran turut sama meraikannya.

Rasa terharu jelas terpancar di wajah Datuk Yusof bilamana Sarah muncul sambil menyanyikan lagu hari lahir.

Malah, suasana bertukar sebak apabila Sarah menghulurkan tangan untuk bersalam, lantas ditarik dalam pelukan oleh Datuk Yusuf.

image is not available

Hubungan baik

Biarpun nampak simple namun apa yang dilakukan Sarah itu mengundang kesedihan di hati pengarah drama Gerak Khas itu yang mana beliau dan isteri cukup menyayangi Sarah seperti anak sendiri.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai. Selain menitipkan ucapan hari lahir, warga maya turut kagum dengan hubungan baik yang terjalin antara bekas menantu dan mertua itu.

‘Puteri Sarah Liyana dan Datuk Yusuf Haslam semoga selalu dalam lindungan ALLAH.’

‘Kasih sayang mertua dengan menantu yang sangat istimewa.’

‘Menangis juga melihat seorang ayah yang begitu menyayangi menantu seperti anak perempuan sendiri. PS kamu bertuah dapat keluarga in law yang menyayangi kamu.’

image is not available

‘Selamat hari jadi Datuk.Kekuatan datuk adanya menantu kesayangan Puteri Sarah.’

‘Sayangnya Dato’ dekat menantu dia.. kita yang tengok sebak.’

‘Tiba-tiba nampak air muka datuk sedih, terharu . Apapun datuk terbaik dalam menyayangi menantu. Selamat hari Lahir. Semoga bahagia selalu. Aamiin.’

‘Sayang betul datuk dekat menantu kesayangan…untung sarah.’

 

Sumber: TikTok rosfazeera3

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!