“Kasih Seorang Guru” – Tindakan Guru Beri Pelajar Beg Baharu Untuk Ganti Yang Usang Buat Ramai Sebak [Video]

26 Sep 2022 • 10:35 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Guru beri beg baharu pada pelajar

Menjadi seorang guru bukanlah hanya mengajar anak bangsa semata-mata.

Tetapi menjaga keselamatan dan kebajikan murid turut menjadi keutamaan bagi seorang guru. Tidak kiralah siapa pun, mereka pasti sanggup berkorban asalkan anak murid dapat menjalani pembelajaran dengan selesa dan baik.

Kasih seorang guru buat ramai sebak

Terbaru, tular satu video di TikTok tentang kasih seorang guru terhadap anak muridnya sehingga membuatkan ramai sebak.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Aishamad, kelihatan guru itu sedang memeriksa beg sekolah seorang pelajar lelaki untuk dikosongkan.

Beri beg galas baru pada pelajar

Sebaik mengosongkan beg tersebut, dia terus mencapai dan membuka sebungkus plastik yang berisi beg sekolah baharu berwarna hitam lalu dihulurkan kepada pelajar berkenaan.

Kelihatan wajah pelajar itu seperti menahan sebak kerana terharu dengan pemberian gurunya itu, dia lalu menunduk beberapa kali dan seperti mengucapkan terima kasih kepada cikgu tersebut.

Beg lama dah usang, guru turut mengalirkan air mata

“Kasih seorang guru bila tengok pelajar bawa beg yang dah usang,” kata Aishaamad dalam video tersebut.

Guru itu kemudian menyuruh pelajar itu untuk memasukkan semula buku dan barang yang telah dikeluarkan ke dalam beg baharu tersebut.

Malah turut kelihatan guru itu turut mengalirkan air mata apabila berpaling dari pelajar tersebut dan mengesat matanya.

Ramai yang sebak lihat kasih sayang seorang guru terhap pelajarnya

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat kasih sayang guru tersebut dan menyatakan pelajar itu sangat sopan dan berdoa agar dia akan menjadi manusia yang berjaya suatu hari nanti.

TTidak kurang juga ada yang mendoakan guru tersebut agar sentiasa dimurahkan rezeki di atas kebaikan yang dilakukannya.

‘Dia akan ingat dan kenang sampai bila-bila’

image is not available

‘Budaknya pun sungguh sopan santun terbaik cikgu’

image is not available

‘Terbaiklah cikgu, menolong tak kira bangsa dan agama’

image is not available