
BEIJING – Seorang pemilik rangkaian restoran stimbot daging di China menghadiahkan kereta BMW berharga 300,000 yuan (RM182,992) setiap satu kepada beberapa pekerja terbaiknya selepas melihat mereka menunggang basikal elektrik ke kedai semasa cuaca sejuk, lapor laman berita VNExpress.
Restoran itu terletak di bandar Jiaozuo, wilayah Henan.
Ma Yanli membawa ketiga-tiga pekerja itu ke pengedar BMW untuk mengambil kereta yang telah dibayar sepenuhnya, lapor stesen penyiaran Henan TV akhir bulan lepas.
Seorang pekerja bernama Li Jie berkata, Yanlu memberitahunya semasa menuju ke bilik pameran bahawa dia akan menerima ‘mainan besar’.
Ahkbar South China Morning Post melaporkan sebuah BMW berwarna putih telah didaftarkan atas nama Jie dan Yanli tidak memintanya untuk menandatangani sebarang perjanjian sebagai balasan.
Seorang lagi pekerja, Liu Yingying menerima BMW berwarna kelabu. Yanli memberitahunya bahawa dia layak menerima kereta tersebut disebabkan kerajinan dan prestasi yang cemerlang.
Menurut Yanli, idea itu muncul selepas dia menyedari muka salah seorang pekerjanya yang dipanggil Xiao Lube, bertukar menjadi merah semasa cuaca sejuk.
“Pada hari yang sejuk, saya boleh menikmati keselesaan, jadi mengapa dia tidak boleh?.
“Jika saya berjaya, ia bukan disebabkan saya semata-mata tetapi kerana mereka semua menjalankan tugas dengan baik,” katanya. – AGENSI
The post Kasihan lihat pekerja naik basikal, tauke restoran hadiahkan BMW appeared first on Kosmo Online.
