
JAKARTA – Penduduk di Batam, Kepulauan Riau menjadi tular kerana memenuhi sebuah pusat beli-belah untuk mengecas telefon selepas kawasan perumahan mereka terputus bekalan elektrik.
Kejadian berlaku di Mega Mall Batam Centre, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan orang ramai duduk di kawasan yang memiliki soket elektrik.
Lebih mengejutkan, ada antara mereka sanggup membawa pengecas multi-port atau pengecas berbilang peranti.
Selain mengecas telefon, mereka juga memilih untuk menyejukkan diri di dalam pusat beli-belah berkenaan kerana terdapat penyaman udara.
Rakaman itu mencatatkan lebih 15,200 tontonan. – AGENSI
The post Kasihan orang Batam, terpaksa serbu ‘mall’ mahu cas telefon appeared first on Kosmo Online.


