Kasihan pelajar tahfiz, jangan jemput ke tempat tidak sesuai – PITAS

30 Aug 2023 • 11:44 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

SHAH ALAM: Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) bercadang bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mewujudkan garis panduan khusus untuk menguruskan jemputan pelajar tahfiz ke program luar.

Pengerusi PITAS, Haji Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa, berkata sebelum ini JAIS sudah mewujudkan Buku Peraturan Murid (Sistem Pembangunan Sahsiah Murid) bagi intitusi tahfiz persendirian, namun tiada garis panduan khusus berkaitan jemputan pelajar ke program luar.

Jadi kami nampak mungkin kita boleh duduk (berbincang) bersama JAIS, supaya boleh mengeluarkan garis panduan khusus berkaitan isu ini.

“Adanya garis panduan yang lebih khusus ini, maahad tahfiz dan sekolah agama akan lebih cakna dan berhati-hati dalam memenuhi jemputan luar”.

image is not available

“Kita juga berharap orang ramai tidak menjemput pelajar tahfiz ke tempat yang tidak sesuai seperti konsert, kasihan dengan pelajar”, katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu kehadiran sekumpulan pelajar tahfiz di KEPCI Music Fest di Stadium Malawati, Sabtu lalu.

Haji Muhamad Hafiz juga memaklumkan bahawa para pelajar tersebut adalah penuntut di sebuah rumah kebajikan dan bukan daripada sekolah tahfiz seperti yang ditularkan.

“Bila kita lihat balik sebenarnya sekolah ini bukan sekolah tahfiz macam kita, ia lebih kepada pusat kebajikan kepada pelarian Rohingya dan Myanmar yang dikenal pasti di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) selain disahkan oleh individu yang menjemput (mereka) sendiri”.

“Ada beberapa tahfiz dan pusat kebajikan lain turut dijemput program serupa tapi untuk makan pada sebelah petang sahaja“, katanya.

PITAS kini menaungi lebih 400 maahad tahfiz yang berdaftar di bawah JAIS.