Kastam Labuan Rampas 15 Kenderaan Mewah Bernilai RM2.8 Juta

20 Nov 2024 • 11:16 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ferrari, Mercedes antara 15 kereta disita kastam Labuan

Kastam Labuan Rampas 15 Kenderaan Mewah Bernilai RM2.8 Juta. Kastam Labuan telah menyita 15 buah kereta mewah dalam satu operasi yang dijalankan dari 23 Oktober hingga 15 November. Antara kereta yang dirampas termasuk sebuah Ferrari GTB 599 Fiorano yang bernilai kira-kira RM2.8 juta dengan cukai.

Kereta-kereta lain yang dirampas termasuk Mercedes-Benz GLA250, beberapa model Toyota, Subaru Impreza dan Nissan Grand Livina.

image is not available
Sumber gambar: Bernama. Kastam Labuan Rampas 15 Kenderaan Mewah Bernilai RM2.8 Juta

Menurut Pengarah Kastam Labuan, Aspalila Awang Tuah, rampasan ini dibuat kerana melanggar peraturan yang ditetapkan dalam Butiran 14 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017. Peraturan tersebut menetapkan bahawa kenderaan bebas cukai dari Labuan tidak dibenarkan berada di luar Labuan melebihi 90 hari dalam tempoh setahun.

Operasi ini merupakan hasil kerjasama yang baik antara pihak kastam Labuan dan Sabah. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Dengan rampasan terbaru ini, jumlah keseluruhan kenderaan yang telah disita oleh kastam Labuan pada tahun ini mencecah 67 buah, dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM7.6 juta termasuk cukai.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai Kastam merampas kereta mewah di Kuching: