Kastam Sabah rampas ganja, ketamin

23 May 2023 • 3:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kastam Negeri berjaya menghidu 3.8kg ganja dan ketamin bernilai RM184,396 sebelum sampai ke pasaran di sini Isnin minggu lepas.

Ketua Penolong Pengarah Kastam Sabah Mohd Nasir Deraman berkata pengimbas mengesan imej mencurigakan 886 gram ganja dan 3.01 kilogram ketamin pada Isnin minggu lepas.

“Kedua-dua cubaan penyeludupan itu adalah melalui penghantaran kurier yang dialamatkan kepada syarikat yang tidak wujud atau tidak aktif.

“Rampasan kedua dibuat empat hari kemudian (19 Mei). Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya pada sidang media, pada Isnin.

SPONSORED CONTENT VANZO X Marvel Series Car Vent Perfume: VANZO Car Perfume Brand Teams Up with Marvel for Disney's 100th Anniversary Celebration Kota Kinabalu: In honour of Disney's 100th anniversary, Marvel superheroes and VANZO have teamed up to launch a new "Superhero Scent" series of car perfume, “VANZO x Marvel Series Car Vent Perfume”. Read more Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Nasir berkata Kastam Diraja Malaysia Sabah berjaya merampas 32.26kg pelbagai dadah bernilai RM1.244 juta tahun ini.

“Rampasan melibatkan empat jenis dadah iaitu methamphetamine (syabu), ketamin, ganja dan daun ketum,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article