Kastam tahan kapal dengan petrol seludup nilai RM250K, juragan di Sandakan

LocalPolitics
10 Dec 2024 • 11:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah menyita sebuah kapal tempatan yang membawa muatan minyak petrol bersubsidi sebanyak 111,391 liter yang dipercayai cuba diseludup keluar menerusi perairan menggunakan kapal kargo tempatan itu secara tidak sah baru-baru ini.

Penolong Ketua Pangarah Kastam, Zon Sabah, Siti Mang, berkata, sitaan dibuat pada 19 November 2024 kira-kira jam 7.48 malam selepas hasil maklumat yang disalurkan dari Cawangan Risikan Zon Sabah dimana pasukan serbuan yang terdiri daripada anggota kastam Cawangan Penguatkuasaan Lahad Datu dan Sandakan telah membuat serbuan ke atas sebuah kapal kargo tempatan itu.

AdvertisementTambahnya, hasil pemeriksaan awal terhadap kapal kargo yang ditahan, pasukan serbuan kastam telah menjumpai sejumlah 111,391 liter minyak petrol dengan anggaran nilai harga RM228,351.55 dan anggaran nilai duti serta cukai terlibat berjumlah RM66,834.60.

Manakala kapal kargo tempatan yang disita dianggarkan bernilai RM250,000 sementara jumlah keseluruhan dianggarkan bernilai RM545,186.15.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Turut ditahan seorang juragan kapal yang merupakan warganegara Malaysia untuk siasatan lanjut.