Kasut Cinderella Diperbuat Daripada Kristal Sebenar Dihasilkan Oleh Swarovski

TechnologyDigital
8 Aug 2023 • 4:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kisah dongeng Cinderella dikenali ramai tetapi tahukah anda ia berasal daripada kisah Rhodopis dari tahun 23 sebelum Masihi di Yunani? Walaupun cerita ini sudah berusia ribuan tahun, kali pertama watak utama dengan kasut kristal ini muncul dengan nama Cinderella ialah pada kurun ke-17. Sempena ulang tahun ke-100 Disney, Swarovski telah menghasilkan kasut Cinderella yang diperbuat sepenuhnya daripada kristal.

image is not available

Kristal Aurora Borealis digunakan untuk menghasilkan satu sahaja kasut Cinderella ini. Proses mengukir kasut ini mengambil masa lebih 150 jam menurut Swarovski dengan ia mempunyai 220 muka. Terdapat juga ukiran kupu-kupu diperbuat daripada emas diletakkan pada bahagian hadapan kasut. Rekaan diambil daripada kasut yang dipakai oleh Lily James dalam filem adaptasi Cinderellla Disney pada tahun 2015.

image is not available

Kasut ini kemudiannya akan dilelong dengan kerjasama Disney dengan wang kemudian didermakan kepada badan NGO Make A Wish bagi membantu golongan kanak-kanak yang memerlukan.

View Original Article