Kasut Nike Hyperice Mempunyai Ciri Mengurut, Menyejukkan dan Memanaskan Kaki Atlet

TechnologyDigital
29 Jun 2024 • 1:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sukan Olimpik sudah semakin hampir dan oleh itu jenama sukan ternama akan memperlihatkan inovasi terkini yang dipercayai boleh meningkatkan prestasi atlet yang ditaja. Kasut Nike Hyperice Boot telah diperlihatkan minggu ini dengan kemampuan mengurut, memanaskan dan juga menyejukkan kaki atlet yang memakainya.

image is not available

Tidak seperti kasut Nike yang lain, Hyperice Boot tidak dipakai ketika melakukan aktiviti sukan. Sebaliknya ia digunakan selepas latihan atau acara sukan. Terdapat butang pada tumit untuk mengaktifkan mod mengurut kaki serta buku lali.

image is not available

Urutan pada kaki selepas melakukan aktiviti boleh meningkatkan aliran darah dan ini membantu pemulihan tubuh. Proses urutan boleh dilakukan pada suhu panas ataupun sejuk bergantung kepada keperluan pemakai.

Kenapa kasut ini dihasilkan? Bagi membolehkan atlet memulakan proses pemulihan ketika masih di stadium apabila mereka tidak mempunyai akses kepada tukang urut, pek penyejuk atau pek pemanas. Nike Hyperice Boot tidak dijual tetapi hanya diberikan kepada atlet terpilih yang ditaja oleh mereka seperti LeBron James.

View Original Article