“Kat Sini Tak Laku Sebab Tarikh Sama Dengan Polis Evo 3 ” – Hasil Kutipan Tiket Hanya RM5K, Filem Vik2ria Secret Tembus ‘Market Indonesia’

Movie
27 Jul 2023 • 11:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, filem Vik2ria Secret menerima kritikan bukan sahaja daripada netizen malah daripada selebriti sendiri yang mendakwa naskah tersebut hanya membazir dana FINAS serta tidak menarik untuk ditonton.

Meraih kutipan tiket sebanyak lebih kurang RM5,000 sepanjang ia ditayangkan di pawagam, penerbit filem, Sheunik Sdn Bhd memaklumkan bahawa Vik2ria Secret bakal menembusi pasaran Indonesia menerusi platform over-the-top (OTT).

Richard Ung selaku pengarah urusan memaklumkan bahawa pihak mereka sedang merangka strategi pemasaran dan penayangan bersama platform OTT Indonesia, Video.com.

Selama ini tidak ada filem daripada Malaysia yang memasuki platform OTT Indonesia Video.com. Maka kita akan jadi filem Malaysia pertama yang akan ke sana.

Kami mahu tembusi pasaran Indonesia. Penting untuk kita dapatkan platform dulu. Bila ada platform, maka akan ada peluang untuk dapat pulangan dari produk filem kita.

Turut mengulas kutipan tiket yang dianggap gagal bagi jumlah dana daripad FINAS diimbuh sebanyak RM550,000 bagi tujuan pembikinan filem tersebut, Richard mempunyai alasan mereka tersendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by URTV official (@urtv_official)

Tarikh tayangan filem ini ditayangkan kurang sesuai kerana harus bersaing dengan filem besar yang lain seperti Polis Evo 3, The Flash dan Transformer meskipun ia memiliki plot cerita yang menarik.

Tambahnya lagi, pasaran filem termasuk Hollywood sedang menghadapi kemerosotan dan tidak mustahil sekiranya filem tempatan turut terkesan.

Terdahulu, filem Vik2ria Secret yang mengetengahkan cerita dan rahsia ‘dalam kain’ wanita sudah mula ditayangkan sejak 15 Jun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 18 hours ago

"Haritu Lembik Lutut.." - Anak Pakai Baju Ketat Sendat, Kak KM Puji Melambung Cantik Macam Barbie